Isnin, 16 Mei 2011

Tangkal Dan Azimat

MENGENAI TANGKAL AZIMAT:

Terdapat perselisihan pendapat ulama mengenai hukum menggunakan tangkal. Bagi menjelaskannya, tangkal, azimat atau wafak itu boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: Pertama, tangkal yang ditulisayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya, daripada doa-doa; kedua, tangkal yang diperbuat selain daripada jenis pertama, seperti daripada logam iaitu keris, paku, jarum atau duit syiling, cincin, tembaga, timah atau tahi besi dan daripada binatang seperti kulit binatang, misai atau kuku harimau, sisik tenggiling, tulang kokang, batu akik atau benang, tasbih, kayu dan sebagainya.
Tangkal yang diperbuat daripada bahan pertama, tidak kira di manadi gunakan, sama ada digantung di leher, diikat di pergelangan tangan, di pinggang, diletak di bawah bantal, di bawah alas tempat tidur, digantung di dinding, atau di atas rangka pintu tidak harus digunakan berdasarkan kepada hadis umum yang bermaksud: Sesungguhnya jampi-jampi dan tangkal-tangkal juga tiwalah itu syirik - hadis riwayat Imam Ahmaddan Abu Daud.
Juga berdasarkan kepada sebuah hadis daripada Aqabah bin Amir yang bermaksud: Barang siapa menggantung tangkal maka sesungguhnya dia telah syirik - hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, Ibn Habban danal-Hakim. Menurut Asy-Syeikh Abdul Rahman bin Hassan seperti yang tersebut dalam Fathu`l-Majid, larangan tersebut berdasarkan kepada:

1. Umum hadis-hadis di atas melarang penggunaan tangkal, tanpa pengecualian atau merujuk kepada kes-kes tertentu.

2. Untuk mencegah kekeliruan, di mana orang awam berkemungkinan tidak dapat membezakan antara tangkal yang diperbuat daripada ayat-ayatal-Quran atau doa-doa dengan tangkal yang ditulis bukan daripada ayat-ayat tersebut.

3. Untuk mengelakkan berlakunya penghinaan terhadap ayat-ayat suci, iaitu sekiranya ia dibawa ke tempat-tempat kotor, seperti tandas, dipakai ketika istinjak, ketika dalam keadaan junub dan sebagainya.

Pendapat ini disokong oleh Abdullah bin Mas'ud juga murid-muridnya, Ahmad Hambal dan juga kebanyakan para sahabat, dan disokong oleh ulama yang terkemudian daripadanya seperti Ibn Abbas, Uqbah bin Amir dan IbnAkim.

Pendapat kedua ialah pendapat yang mengharuskan penggunaan tangkal yang diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah dan sifat-sifat-Nya. Ini adalah pendapat Abdullah bin Umr bin al-As, juga sesetengah ulama salaf. Menurut fatwa jawatankuasa fatwa kerajaan Arab Saudi yang dibukukan, iaitu dalam Al-Fatawa Az-Zahabiyah, 1996, ms. 252, pendapat pertama, iaitu pendapat yang melarang penggunaan tangkal adalah lebih kuat hujahnya, lebih mantap untuk memelihara akidah, tauhid dan pegangan hidup orang Islam.

Menurut Ibrahim an-Nakhaiy, para ulama salaf tidak menyukai (karahah) penggunaan tangkal.

Yang dimaksudkan dengan karahah di sini ialah haram. Ini adalah pendapat Imam Ahmad, juga pendapat sekumpulan sahabat yang disokong oleh ulama yang terkemudian.
Adapun tangkal yang diperbuat selain daripada ayat-ayat al-Quran dan nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya juga doa-doa, maka hukumnya adalah syirik, berdasarkan kepada umum hadis-hadis di atas.

Keterangan hadis berikut memperkuat larangan menggunakan tangkal.
Pada suatu ketika Abdullah bin Mas'ud mendapati isterinya memakai kalung yang ada padanya tangkal. Beliau telah melucutkan tangkal itudan memotongnya sambil berkata:

``Seluruh keluarga Abdullah tidak boleh melakukan amalan syirik kepada Allah dengan sesuatu yang tidak pernah diturunkan oleh Allah keterangannya.'' Kemudian beliau berkata, menyatakan yang beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya jampi-jampi,tangkal-tangkal dan tiwalah itu syirik.

Para sahabat telah bertanya: Ya Rasulullah, jampi-jampi dan tangkal telah kami tahu, apakah yang dinamakan ``tiwalah'' itu? Baginda menjawab: Tiwalah itu ialah pekerjaan yang dilakukan oleh kaum wanita agar dengannya suami-suami menyayangi isteri-isteri mereka.

Larangan menggunakan tangkal ini sama seperti fatwa yang dikeluarkan oleh As-Syeikh Abdul Halim Mahmud (Ahmad an-Nuhas, 1994:515). Larangan menggunakan tangkal ini meliputi tangkal yang diperbuat daripada logam, yang dipakai di pergelangan tangan seperti yang dijelaskan oleh hadis berikut:

Daripada Imran bin Husain sesungguhnya Nabi telah melihat seoranglelaki memakai gelang tembaga di lengannya. Baginda bertanya: Apa ini? Lelaki itu menjawab: Ini adalah benda yang lemah. Mendengarkan katanyaitu baginda bersabda: 

Lucutkan ia. Sesungguhnya ia tidak menambah, kecuali kelemahan. Kalau kamu mati sedangkan ia tetap kamu pakai, selama-lamanya kamu tidak akan selamat - hadis riwayat Imam Ahmad.

Lelaki yang memakai tangkal tembaga ini mengalami sakit di lengan.Tangkal yang dipakai telah dijampi terlebih dahulu. Baginda s.a.w.menyuruh agar menanggalkannya, jangan dipakai lagi dan menyatakan bahawa tangkal itu akan hanya menyebabkan dia lebih lemah, kerana hatidan harapannya selama itu bergantung kepada tangkal yang tidak memberi manfaat atau mudarat.

Menurut Ahmad an-Nuhasiy at-Tumi dalam kitabnya Syifau `r-Rahman ll`s-sihr wa `l-hasad wa Amradi'l-Jan, ms. 101, perbuatan menggantungkan al-Quran pada anak-anak kecil juga pada orang dewasa, ataupun di kereta untuk melindungi diri daripada kecelakaan, atau daripada gangguan jin-jin adalah termasuk dalam amalan bid'ah. Begitu juga perbuatan menggantung ayat-ayat al-Quran, seperti surah Alam Nasrah dikedai-kedai, agar terhindar daripada pencuri berdasarkan kepada hadis-hadis di atas.

Dalam satu soalan yang dikemukakan mengenai hukum menggantungkan tangkal pada pesakit yang ditulis padanya doa-doa dengan ayat-ayatal-Quran dengan perkataan Arab yang tidak difahami maknanya, yang disertai dengan lakaran bintang-bintang, juga nama-nama nabi, as-Syeikh Abdul Aziz bin Baz memberi fatwa bahawa tangkal tersebut tidak harus digantungkan pada manusia, diletakkan dalam pakaian, di atas hamparan tempat tidur, atau di mana-mana tempat dalam rumah, untuk menolak bala atau kecelakaan, atau untuk mendapatkan kebahagiaan. Perbuatan tersebut adalah syirik.

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Ahmad, Ibn Majah, Ibn Hibban danal-Hakim, daripada Zainab, iaitu isteri Abdullah bin Mas'ud, ia berkata bahawa suaminya telah melihat sehelai benang dililit di lehernya. Dia bertanya: Apa ini? ``Sehelai benang yang telah dibacakan jampi,'' jawabisterinya. Abdullah bin Mas'ud telah melucutkan benang tadi lalu memotongnya, kemudian dia berkata: Semua keluarga Abdullah bebas daripada syirik. Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya jampi dan tangkal juga tiwalah itu syirik.

Zainab bertanya, ``kenapa kau berkata sedemikian rupa, padahal mataku mengeluarkan air mata apabila terpandang seorang Yahudi danapabila aku memakainya, air mata itu tidak keluar lagi. Abdullah menjawab: Sesungguhnya itu adalah amalan syaitan. Apabila kamu taat kepadanya, ia akan mencucuk mata dengan jarinya. Cukuplah engkau membaca, seperti yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w. doa yang berikut:

Hilangkan sakit ini, wahai Tuhan manusia, sembuhkanlah aku, Engkauadalah penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sakit - hadis riwayat Ibn Majah, AbuDaud dan al-Hakim.

Pendapat keempat, penggunaan tangkal, tidak kira sama ada tangkal yang diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, nama Allah, sifat-sifat-Nya dan doa-doa, yang ditulis pada kertas, kain atau pakaian (dibuat baju), logam, daripada binatang, tumbuh-tumbuhan, batu akik, termasuk benang dan sebagainya dilarang menggunakannya apabila ia disertai dengan amalan sihir, seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis:

Barang siapa membuat satu simpulan, kemudian meniupnya, maka sesungguhnya dia telah melakukan amalan sihir, barang siapa melakukan amalan sihir maka sesungguhnya dia telah melakukan syirik - hadis riwayat an-Nasaiy.

Yang dimaksudkan dengan sihir di sini ialah perbuatan menyediakan tangkal yang terdiri daripada sesuatu yang boleh dibuat pengikat, seperti benang, kain dan sebagainya, atau benang yang diletakkan padanya tangkal, ataupun kain yang diambil daripada kain kapan, kemudian dibacakan dengan rangkaian jampi mantera untuk memanggil jin-jin, sama ada jin-jin yang dibela, dibuat sahabat atau dibuat saudara yang akan ``bersama'' dengan tangkal yang dibuat tadi, membolehkan pemakai tangkal memperoleh natijah luar biasa, yang dianggap sebagai ``hikmah'' untuk pendinding diri, disukai ramai, penggerun dan sebagainya, kemudian bahan tadi ditiup yang diistilahkan sebagai ``an-nafath''. Orang yang berkenaan telah melakukan sihir.

Kalimah ``an-nafath'' asalnya bererti mengeluarkan sesuatu daripada mulut seperti kahak atau air ludah (al-Munjid, 1966: 823), tetapi yangdi maksudkan di sini ialah meniup daripada mulut tanpa mengeluarkan airludah. Amalan ini banyak dilakukan oleh tukang-tukang sihir perempuan dizaman jahiliah seperti yang tersebut dalam al-Quran (al-Falaq, 4).

Jelasnya, tangkal tidak kira daripada bahan apa ia disediakan, sekiranya disertai dengan pemujaan jin-jin, maka amalan itu tetap dilarang. Orang yang berbuat demikian telah melakukan sihir, yang boleh menyebabkan syirik iaitu salah satu dosa besar yang dilarang dalam Islam.

Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik dan Allah mengampuni dosa selain daripada dosa syirik terhadap mereka yang dikehendaki oleh-Nya - (an-Nisa': 48). 


Oleh: Dr. Amran Kasimin
Sumber: DI SINI
Imej: Akhbar Metro(Carian Imej Google)

Mengail Ikan


                                       Renungan Untuk Diriku dan Juga Dirimu


Jika kamu memancing ikan..
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja.
Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang.
Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.
Karena dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapatmelupakan segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah menadah secukupnya.
Jangan terlalu mengharapnya sampai penuh dan janganlah menganggap ia begitu teguh.
Cukuplah sekadar keperluanmu.
Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.
Akhirnya ia dibuang.
Sedangkan jika kamu pakai secukupnya mungkin kau dapat memakainya selamanya.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya, akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu menganggapnya manusia biasa, kau akan mudah memaafkannya mungkin kau akan memilikinya sampai selamanya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan..
Berkhasiat..
Mengapa kamu berlengah, coba mencari makanan yang lain.
Terlalu ingin mengejar kelezatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu..
Mengasihimu..
Mengapa kamu berlengah, coba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain.
Kamu juga yang akan menyesal.

(Imej Carian Google)

Khamis, 5 Mei 2011

Contoh Baju Adat Melayu Anak Jati & Melayu Anak Dagang


ANAK JATI
Anak Jati ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu yang merupakan penduduk pribumi Malaysia. Mereka adalah salah satu dari tiga kumpulan yang membentuk masyarakat Melayu di Malaysia. Kumpulan ini merangkumi suku-suku pribumi seperti:


 Orang Melayu Kedah & Pulau Pinang
Kedah
Pulau Pinang
__________________________________________________________________________________


 Orang Melayu Perak

_____________________________________________________________________

Orang Melayu Melaka

_____________________________________________________________________

 Orang Melayu Kelantan

_____________________________________________________________________



  Orang Melayu Terengganu 

_____________________________________________________________________



  Orang Melayu Pahang

_____________________________________________________________________

  Orang Melayu Johor


_________________________________________________________________________

  Orang Melayu Brunei
Baju Brunei Lotud

__________________________________________________________________________________


 Orang Melayu Sarawak
_________________________________________________________________

(Suku-suku Melayu Anak Jati di Malaysia: Orang Melayu Kedah,  Orang Melayu Beruas,  Orang Melayu Manjung , Orang Melayu Grik,  Orang Kelang,  Orang Melayu Melaka , Orang Melayu Kelantan, Orang Melayu Terengganu Pantai,  Orang Melayu Ulu Terengganu,  Orang Melayu Bentong , Orang Melayu Lipis,  Orang Melayu Temerloh,  Orang Melayu Johor,  Orang Melayu Brunei ,Orang Melayu Kedayan , Orang Melayu Cocos,  Orang Melayu Sarawak)
_________________________________________________________________



ANAK DAGANG
Anak Dagang ialah satu istilah yang merujuk kepada orang Melayu di Malaysia yang mana nenek-moyang mereka berasal dari Kepulauan Indonesia, Kemboja, Vietnam, Thailand dan Pulau Hainan (China). Mereka terdiri daripada rumpun bangsa Austronesia dan terdiri daripada berpuluh-puluh suku yang berbeza iaitu:

Aceh

_____________________________________________________________________


 Ambon

_____________________________________________________________________


 Banjar

_____________________________________________________________________



  Batak 

_____________________________________________________________________


  Bugis

_____________________________________________________________________


 Jawa

_____________________________________________________________________



  Kerinci
(Perlu Rujukan)


_________________________________________________________________________

 Mandailing 

_____________________________________________________________________



 Melayu Bengkulu

_____________________________________________________________________


 Melayu Jambi

_____________________________________________________________________


  Melayu Palembang

_____________________________________________________________________


Melayu Patani
Gambaran Ratu-ratu Kesultanan Melayu Patani

__________________________________________________________________________________


  Melayu Riau
Indragiri Riau

__________________________________________________________________________________



  Melayu Siak

_____________________________________________________________________

  Minangkabau
(minang negeri sembilan)

__________________________________________________________________________________


 Nias

_____________________________________________________________________



  Ocu (Kampar)
_____________________________________________________
(Suku-suku Melayu Anak Dagang di Malaysia:  Aceh , Ambon , Banjar , Batak (tidak termasuk Mandailing), Bawean (Boyan) , Bugis , Cham  ,Jawa ,Kerinci, Mandailing,Melayu Asahan (Batubara), Melayu Bengkulu,Melayu Deli, Melayu Jambi , Melayu Palembang,  Melayu Patani,  Melayu Riau,  Melayu 
Siak, Minangkabau , Nias, Ocu (Kampar),  Rao  ,Utsul)
_________________________________________________________________

Sumber:(Foto: Carian Imej Google),Wikipedia 




Isnin, 25 April 2011

Berpantun Bersama Melayu Jambi

Gambar Hiasan(carian imej google)


MELAYU JAMBI:
Anak Rajo pergi berlayar...
Berlayar menuju pulau berhalo...
Sanak saudaro ayo menghantar...
Menghantar sayo tempat calon mertuo...

MELAYU JAMBI:
Anak rajo memakan ketan
Makanlah ketan dengan kelapo
Hendak nian kami Menghantar
Saudaro melamar anak siapo...

MELAYU JAMBI:
bukan nyo rajo pergi berlayar.
tetapi ratu sedang menari.
bukan sayo dak mau menghantar.
takut nanti bertambah iri.

MELAYU JAMBI:
kelapo ditanam di pinggir batang..
 tumbang ke batang jalan terghalang... 
mako dindo ngajak saudaro datang..
 dindo nak melamar anak hulubalang...

MELAYU JAMBI:
Kayu gedang ditengah padang
Tempat beteduh burung perenjak
Sabar sebentar saudaro mengundang
Kami beritahu dulu sudaro kami yg banyak...

MELAYU JAMBI:
Rajo datang untuk bertandang..
diberi makan lauknyo rendang.. 
Jangan takut iri mengundang...
 mano tau jodoh pun datang...

MELAYU JAMBI:
kayu gedang sambar halilintar..
burung camar lari kesarang..
 bukanyo dindo takut lamo dihantar.. 
tapi takut calon dilamar orang.

MELAYU JAMBI:
jangan takut iri mengundang...
mano tau jodoh pun datang...
rombongan meminang hadir bertandang...
tanda jodoh telah datang...

MELAYU JAMBI:
Pandang jauh sudah dilayang
Beduo, betigo kami satang
Adat diisi lembago dituang
Mari kito lamar anak hulubalang

MELAYU JAMBI:
kayu roboh ditengah matang..
durian jatuh dipangkal tangga..
kalu iyo jodoh datang.. 
kamipun siap berumah tangga..

MELAYU JAMBI:
Kecik benamo gedang begelar
Pohon rindang berburung camar
Nak tau kami yg sebanjar
Siapo nian namo yg nak dilamar

MELAYU JAMBI:
tari apo yang nak digelar 
teri sekapur sirih sajo
 anak siapo yang nak dilamar
 tentulah iko si anak rajo

SAYA:
Kalau benar jodoh datang,
kami pun siap berumah tangga,
sudah lama hidup membujang,
kelak beristeri pasti bahagia..

MELAYU JAMBI:
nuri terbang samo belibis..
asam kandis pohon tuk bertinggir..
negeri melayu asal itu gadis..
gadis bunamo .......?

MELAYU JAMBI:
Elok nian burung belibis
Hinggapnya diujung dahan
Tolong sebut namo tu gadis
Biak aku biso tidur dgn tepejam

SAYA:
gadis berasal dari negeri melayu,
tiada nama hendak dikenal,
sungguh tuan pilih yang ayu,
pasti si dia srikandi terkenal..

MELAYU JAMBI:
 belbibis terbang dg sauara merdu..
terbang melayang menginjak bayu..
elok dikenal dinegeri melayu..
 gadis buanamo namonyo ayu... :p

SAYA:
elok dikenal di negeri melayu,
gadis bernama namanya ayu,
suaranya merdu irama bayu,
mendengarnya hati tidak layu..

MELAYU JAMBI:
Bubut besiul di dahan manggis
Angan merayu bak penawar
Sebut betul silsilah tu gadis
Jangan2 Ayu yang nak ku lamar
...

SAYA:
adat pendekar mengelak alah,
harap menang tak tergadai barang,
maafkan hamba datang mencelah,
hamba dari negeri melayu seberang(perak darul ridzuan)

MELAYU JAMBI:


Adat bersendi sarak
Sarak bersendi kitabullah
Sarak mengato
Adat memakai


MELAYU JAMBI:
Rumpun bayu dipinggir pantai
berakit galah di sungai Kampar
Besampan di batang hari
Sungai pusako negeri Jambi
Ampun seribu
kepado tuan nan pandai
Kami ini melayu Kampar

karena kami hidup disini
Kami merasa melayu Jambi.



MELAYU JAMBI:

pulau kijang tempat laksamana.. 
tanah genting ado di malaysia..
 jangan ditanyo asal dari mana..
yang penting kita berpantun bersama..



MELAYU JAMBI:

 tanam kemiri di swarnabumi..

 dibuat bumbu bersama umbi..
mari kito bersilahturahmi.. 
salam hormat dari kami melayu jambi.

=tak kan hilang melayu ditelan zaman=

MELAYU JAMBI:
Terimah kasih buat pandak dan cik wanto yg telah meluangkan kesempatan untuk bisa mampir digubuk kami.. 
mari bersama terus membangun budaya kita, budaya melayu.

MELAYU JAMBI:
Ye la, terimo kasih, sayo dibolehkan singgah....
' tak melayu hilang di zaman'
Dimano bumi dipijak, disitu langit dijunjung.
Dimano air disauk, disitu ranting dipatah..

SAYA:
nak dagang anak melayu,
kita serumpun darah melayu,
pantun bicara indah melayu,
amalkan supaya tak layu.

'Tak Melayu Hilang Di Dunia'

Tongkang riau di sungai melaka,
takung air simpan ikan,
Saudaraku yg bijak belaka,
Kalau salah tolong ajarkan...



[sumber: Pos dinding Facebook Pantun Melayu Jambi]