Isnin, 25 April 2011

Berpantun Bersama Melayu Jambi

Gambar Hiasan(carian imej google)


MELAYU JAMBI:
Anak Rajo pergi berlayar...
Berlayar menuju pulau berhalo...
Sanak saudaro ayo menghantar...
Menghantar sayo tempat calon mertuo...

MELAYU JAMBI:
Anak rajo memakan ketan
Makanlah ketan dengan kelapo
Hendak nian kami Menghantar
Saudaro melamar anak siapo...

MELAYU JAMBI:
bukan nyo rajo pergi berlayar.
tetapi ratu sedang menari.
bukan sayo dak mau menghantar.
takut nanti bertambah iri.

MELAYU JAMBI:
kelapo ditanam di pinggir batang..
 tumbang ke batang jalan terghalang... 
mako dindo ngajak saudaro datang..
 dindo nak melamar anak hulubalang...

MELAYU JAMBI:
Kayu gedang ditengah padang
Tempat beteduh burung perenjak
Sabar sebentar saudaro mengundang
Kami beritahu dulu sudaro kami yg banyak...

MELAYU JAMBI:
Rajo datang untuk bertandang..
diberi makan lauknyo rendang.. 
Jangan takut iri mengundang...
 mano tau jodoh pun datang...

MELAYU JAMBI:
kayu gedang sambar halilintar..
burung camar lari kesarang..
 bukanyo dindo takut lamo dihantar.. 
tapi takut calon dilamar orang.

MELAYU JAMBI:
jangan takut iri mengundang...
mano tau jodoh pun datang...
rombongan meminang hadir bertandang...
tanda jodoh telah datang...

MELAYU JAMBI:
Pandang jauh sudah dilayang
Beduo, betigo kami satang
Adat diisi lembago dituang
Mari kito lamar anak hulubalang

MELAYU JAMBI:
kayu roboh ditengah matang..
durian jatuh dipangkal tangga..
kalu iyo jodoh datang.. 
kamipun siap berumah tangga..

MELAYU JAMBI:
Kecik benamo gedang begelar
Pohon rindang berburung camar
Nak tau kami yg sebanjar
Siapo nian namo yg nak dilamar

MELAYU JAMBI:
tari apo yang nak digelar 
teri sekapur sirih sajo
 anak siapo yang nak dilamar
 tentulah iko si anak rajo

SAYA:
Kalau benar jodoh datang,
kami pun siap berumah tangga,
sudah lama hidup membujang,
kelak beristeri pasti bahagia..

MELAYU JAMBI:
nuri terbang samo belibis..
asam kandis pohon tuk bertinggir..
negeri melayu asal itu gadis..
gadis bunamo .......?

MELAYU JAMBI:
Elok nian burung belibis
Hinggapnya diujung dahan
Tolong sebut namo tu gadis
Biak aku biso tidur dgn tepejam

SAYA:
gadis berasal dari negeri melayu,
tiada nama hendak dikenal,
sungguh tuan pilih yang ayu,
pasti si dia srikandi terkenal..

MELAYU JAMBI:
 belbibis terbang dg sauara merdu..
terbang melayang menginjak bayu..
elok dikenal dinegeri melayu..
 gadis buanamo namonyo ayu... :p

SAYA:
elok dikenal di negeri melayu,
gadis bernama namanya ayu,
suaranya merdu irama bayu,
mendengarnya hati tidak layu..

MELAYU JAMBI:
Bubut besiul di dahan manggis
Angan merayu bak penawar
Sebut betul silsilah tu gadis
Jangan2 Ayu yang nak ku lamar
...

SAYA:
adat pendekar mengelak alah,
harap menang tak tergadai barang,
maafkan hamba datang mencelah,
hamba dari negeri melayu seberang(perak darul ridzuan)

MELAYU JAMBI:


Adat bersendi sarak
Sarak bersendi kitabullah
Sarak mengato
Adat memakai


MELAYU JAMBI:
Rumpun bayu dipinggir pantai
berakit galah di sungai Kampar
Besampan di batang hari
Sungai pusako negeri Jambi
Ampun seribu
kepado tuan nan pandai
Kami ini melayu Kampar

karena kami hidup disini
Kami merasa melayu Jambi.



MELAYU JAMBI:

pulau kijang tempat laksamana.. 
tanah genting ado di malaysia..
 jangan ditanyo asal dari mana..
yang penting kita berpantun bersama..



MELAYU JAMBI:

 tanam kemiri di swarnabumi..

 dibuat bumbu bersama umbi..
mari kito bersilahturahmi.. 
salam hormat dari kami melayu jambi.

=tak kan hilang melayu ditelan zaman=

MELAYU JAMBI:
Terimah kasih buat pandak dan cik wanto yg telah meluangkan kesempatan untuk bisa mampir digubuk kami.. 
mari bersama terus membangun budaya kita, budaya melayu.

MELAYU JAMBI:
Ye la, terimo kasih, sayo dibolehkan singgah....
' tak melayu hilang di zaman'
Dimano bumi dipijak, disitu langit dijunjung.
Dimano air disauk, disitu ranting dipatah..

SAYA:
nak dagang anak melayu,
kita serumpun darah melayu,
pantun bicara indah melayu,
amalkan supaya tak layu.

'Tak Melayu Hilang Di Dunia'

Tongkang riau di sungai melaka,
takung air simpan ikan,
Saudaraku yg bijak belaka,
Kalau salah tolong ajarkan...



[sumber: Pos dinding Facebook Pantun Melayu Jambi]







Baca & Sebarkan!


Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!
  
                                                                  Mufti Perak(Carian imej Google)
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.
  
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?... Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia Antaranya:
  
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'....Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
  
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada' kan .
  
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.
  
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
  
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.
  
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
  
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan... Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
  
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
  
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
  
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
  
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim', katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!'... Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

[Disalin & tampal drpd nota facebook atas izin utk disebarkan]
  

Ahad, 24 April 2011

Antara Hukum-hukum Memakai Cincin

HUKUM BERCINCIN
-Memakai cincin adalah suatu sunnah Nabi Muhammad Rasulullah SAW.
-Firman Allah Ta'ala dalam Quran maksudnya:

          "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik,    Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari  akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"
-Suruhan memakai ini adalah secara sunat bukan wajib.
-Berdasarkan cincin Rasulullah SAW di mana beliau menuliskan "Muhammad Rasulullah" manakala Abdullah Bin Umar pula menuliskan namanya sendiri, maka seandainya berlaku apa-apa kemalangan atau kebakaran yg menyebabkan tidak dapat dikenal perawakan atau identiti seseorang, maka cincin ini amat berguna sekali bagi mengesan identiti mayat.

                                                                Mata cincin perak berkalimah Allah
                                                                              (Carian imej Google)

HUKUM BAHAN PEMBUATAN CINCIN
-Bahan  diharuskan perak bagi lelaki dan emas bagi perempuan.

-Cincin daripada emas adalah haram bagi lelaki sebab Rasulullah pernah memakainya kemudian baginda membuangnya dan menghebahkan larangan itu.Kemudian baginda membuat cincin daripada perak dan kekal memakainya sehingga baginda wafat.
Imraan Bin Hushain r.a. memberitakan:
      
"Rasulullah SAW melarang memakai cincin emas"[Hadis riwayat At-Tarmizi]                        
-Mengenai bercincin dengan bahan-bahan lain,Al-Allaamah Al-Muhaqqiq Ibnu Rajab Al-Hanbali dalam kitabnya: 

      Adalah makruh memakai cincin besi,tembaga(an-nuhaas), dan tembaga merah bagi lelaki dan perempuan.
-Memakai cincin berpermata adalah harus kecuali permata itu dikaitkan dengan sesuatu anggapan atau kepercayaan yg sesat atau karut-marut.Contohnya, seseorang menganggap cincin bermata teras kayu atau geliga membawa kesan kepada pemakai tanpa memikirkan ia atas kekuasan dan izin Allah.Maka dengan itu memakainya menjadi haram malah menjadi pemakainya kufur.Dibolehkan memakai bila dianggap berkesan dengan izin Allah.

                                                                          Teras Sulur Bertam
                                       Antara teras kayu yg dicanai dan dijadikan mata cincin
                                            
HUKUM MENGENAI BERAT CINCIN
-Abdullah Bin Umar r.a. yg terkenal sebagai seorang pencinta sunnah Nabi Muhammad SAW, beliau memberitakan:
        "Bahawa Nabi Muhammad Rasulullah SAW membuat sebentuk cincin seberat(timbangan) setengah dirham."[Kitab Ahkaam Al-Khawaatim,susunan Ibnu Rajab]


HUKUM BILANGAN CINCIN
-Menurut hadis, Rasulullah SAW tidaklah pernah memakai cincin lebih daripada sebentuk secara serentak.
-Manakala menurut adat adalah berbeza menurut tempat dan kumpulan manusia.
-Bila kita mengkaji perbuatan Rasulullah ternyata baginda hanya menggunakan cincin untuk mencop surat-surat rasmi dan tidaklah baginda menggunakannya sebagai perhiasan.



                                         Surat Rasulullah SAW Kepada Raja Heraclius
                                  (Cop cincin Rasulullah di bahagian bawah sebelah kiri)
                                                  

                                                                                                                                                         


                                                               

Antara Pendapat Tentang Keris & Semangat Keris

Merujuk kepada Kamus Dewan (edisi tiga), keris didefinisikan sebagai ‘sejenis senjata bermata dua yang tajam (bilahnya lurus dan berlok-lok). Dari aspek terminologi pula, perkataan keris mungkin berasal daripada dua frasa iaitu ke (imbuhan) dan hiris (kata kerja) yang seterusnya membentuk kata nama keris iaitu sejenis alat untuk memotong sesuatu atau menikam. (Mawar Shafie, Dewan Budaya, 1996).


Keris merupakan senjata pendek yg digunakan oleh orang Melayu sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, lebih daripada 800 tahun yg lampau terutama pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana.Satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan.Keris mempunyai dua belah mata, melebar di pangkal dan tirus dihujungnya serta tajam.Terdapat mata keris yg lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yg menarik dan juga sarungnya.Keri mempunyai berbagai-bagai bentuk dan ukuran.Kebanyakan keris terdiri dari jenis yg berlok, sama ada tiga, lima, tujuh  atau sembilan dan lurus.Tiga aspek penting mata keris adalah rupa awan larat dan corak pamor, bentuknya dan corak berombak yg wujud dari campuran logam dan nikel.Pensejarahan senjata di Malaysia amat rapat dengan unsur-unsur mempertahankan diri silat. (Utusan Malaysia, 3 November 2008)

Edward Frey
seorang pengkaji Keris dalam buku The Kris: Mystic Weapon
of the Malay World (1988)
membincangkan mengenai kuasa dan keajaiban keris berdasarkan sejarahnya di Indonesia dan Malaysia. Masyarakat Melayu amat menebal dengan berbagai kepercayaan yang diwarisinya turun temurun.

Salah satu kepercayaan yang masih menjadi pegangan ialah keris mempunyai kuasa yang luar biasa. Kuasa dan keajaiban keris dipercayai berpunca daripada jenis besi yang digunakan dan pembuat keris itu sendiri. Contohnya keris Mataram (tahun 1600) dipercayai diperbuat menggunakan sembilan jenis besi yang didapati daripada sembilan tempat yang berlainan. Pembuatannya memakan masa sehingga 17 tahun kerana hanya sekali pukulan pada setiap Jumaat kerja penempaanya dijalankan.


                                           Keris Taming Sari turut terlibat dalam pertempuran 
                                            Hang Tuah dengan Hang Jebat(Gambar Koleksi)

Setelah siap, keris berkenaan dikatakan memiliki kesaktian yang luar biasa.
Begitu juga dengan keris Taming Sari(Pautan) yang diperbuat daripada 21 macam jenis besi.

Kisah keris pahlawan Melayu ini kononnya, mampu membunuh mangsanya apabila mata keris tersebut ditikam pada bekas telapak kaki yang ditinggalkan oleh mangsa di atas pasir, dan boleh meracun ikan di muara jika keris itu dicuci di muara sungai tersebut oleh tok gurunya.Pada zaman dahulu, pembuatan keris dianggap suatu pekerjaan yang suci.
Pembuat keris terdiri daripada orang yang terpilih di kalangan masyarakat atau
ditentukan khususnya raja
(Berita Minggu, 1 Mac 1998).


Sejarah senjata terunggul Melayu ini juga tidak dapat dipisahkan daripada kisah-kisah magis, jelas membuktikan keris mempunyai kuasa kepahlawanan, ketuanan, dan kesaktian yang mengagumkan. Dahulu, keris dijadikan senjata peribadi sebagai penentu kuasa dan kudrat si ‘pemakainya’. Seni ukiran yang terpahat pada senjata ini turut memaparkan isi-isi cerita yang berunsur mistik, legenda, dan mitos yang tersendiri. Kisah mistik dalam keris yang digambarkan seperti keris boleh terbang sendiri ditafsirkan mencari atau menemui pemohon baru. Kisah keris yang ghaib dari sarung pula dikonsepkan sebagai haus akan darah manusia. Cerita keris milik Kiai Condong (Majapahit) dikatakan boleh bersikap ‘amuk’ bertujuan membunuh lawan dan kawan tanpa disertai pemilik keris itu.(Dipetik drpd Keris Seni Warisan)

Siapakah Kita?



  • Orang yg riak
    >Orang yg diberikan kehidupan tetapi mahu sujud pada yg menjadikan kehidupan itu iaitu Allah SWT, Tuhan sekalian alam.Maka bertasbihlah segala apa yg ada dibumi dan langit pada Allah SWT kecuali jin dan manusia yg riak!

  • Orang yg telah mati hatinya
    >Orang yg diberikan petunjuk melalui ayat-ayat Quran, hadis dan cerita-cerita kebaikan namun tidak merasa apa-apa kesan dalam jiwanya.

  • Orang yg dungu kepala otaknya
    >Orang yg menyangka Allah tidak akan menyeksanya sedangkan dia tidak mahu beribadat kepada Allah.Lagi pula dia tenang dengan kerja kemaksiatan yg dilakukannya.

  • Orang yg kuat
    >Orang yg menahan marahnya ketika sedang meluap-luap kemarahannya.

  • Orang yg lemah
    >Orang yg tidak mampu menjegah maksiat di depan matanya walaupun dengan hatinya iaitu membenci.

  • Orang yg bakhil
    >Orang yg berat lidah utk berselawat ke atas junjungan besar Muhammad SAW.
  • Orang yg buta
    >Orang yg tidak meneliti kebesaran Allah serta tidak mahu mengambil pengajaran dari perkara itu.
  • Orang yg tuli
    >Orang yg tidak mengendahkan nasihat atau pengajaran.
  • Orang yg manis senyumannya
    >Orang yg reda dengan ketentuan Ilahi ke atas dirinya.

  • Orang yg menangis air mata mutiara
    >Orang yg menitiskan air mata mengingati kebesaran Allah dan menyesal akan dosa-dosanya.

  • Orang yg pandai
    >Orang yg membuat persiapan untuk menghadapi hari kematiannya.

  • Orang yg bodoh
    >Orang yg mengutamakan dunia dan mengabaikan akhirat seolah-olah dunia kekal buatnya.
  • Orang yg maju dalam hidupnya
    >Orang yg sentiasa meningkat ilmu ugamanya.
  • Orang yg selalu ditipu
    >Orang muda yg menyangka kematian hanya pada ketika dia tua.

  • Orang yg paling cantik
    >Orang yg akhlaknya baik.
  • Orang yg rumahnya luas
    >Orang mati yg membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluas saujana mata memandang.
  • Orang yg rumahnya sempit
    >Orang mati yg tidak membawa amal kebaikan lalau kubur menghimpitnya.

  • Orang yg mempunyai akal
    >Orang yg mengguna akal sewaktu hidup di dunia agar dapat balasan syurga dan menghindari seksaan neraka.

    SIAPAKAH KITA?