Merujuk kepada Kamus Dewan (edisi tiga), keris didefinisikan sebagai ‘sejenis senjata bermata dua yang tajam (bilahnya lurus dan berlok-lok). Dari aspek terminologi pula, perkataan keris mungkin berasal daripada dua frasa iaitu ke (imbuhan) dan hiris (kata kerja) yang seterusnya membentuk kata nama keris iaitu sejenis alat untuk memotong sesuatu atau menikam. (Mawar Shafie, Dewan Budaya, 1996).
Keris merupakan senjata pendek yg digunakan oleh orang Melayu sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, lebih daripada 800 tahun yg lampau terutama pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana.Satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan.Keris mempunyai dua belah mata, melebar di pangkal dan tirus dihujungnya serta tajam.Terdapat mata keris yg lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yg menarik dan juga sarungnya.Keri mempunyai berbagai-bagai bentuk dan ukuran.Kebanyakan keris terdiri dari jenis yg berlok, sama ada tiga, lima, tujuh atau sembilan dan lurus.Tiga aspek penting mata keris adalah rupa awan larat dan corak pamor, bentuknya dan corak berombak yg wujud dari campuran logam dan nikel.Pensejarahan senjata di Malaysia amat rapat dengan unsur-unsur mempertahankan diri silat. (Utusan Malaysia, 3 November 2008)
Edward Frey seorang pengkaji Keris dalam buku The Kris: Mystic Weapon
of the Malay World (1988) membincangkan mengenai kuasa dan keajaiban keris berdasarkan sejarahnya di Indonesia dan Malaysia. Masyarakat Melayu amat menebal dengan berbagai kepercayaan yang diwarisinya turun temurun.
Salah satu kepercayaan yang masih menjadi pegangan ialah keris mempunyai kuasa yang luar biasa. Kuasa dan keajaiban keris dipercayai berpunca daripada jenis besi yang digunakan dan pembuat keris itu sendiri. Contohnya keris Mataram (tahun 1600) dipercayai diperbuat menggunakan sembilan jenis besi yang didapati daripada sembilan tempat yang berlainan. Pembuatannya memakan masa sehingga 17 tahun kerana hanya sekali pukulan pada setiap Jumaat kerja penempaanya dijalankan.
Keris Taming Sari turut terlibat dalam pertempuran
Hang Tuah dengan Hang Jebat(Gambar Koleksi)
Setelah siap, keris berkenaan dikatakan memiliki kesaktian yang luar biasa.
Begitu juga dengan keris Taming Sari(Pautan) yang diperbuat daripada 21 macam jenis besi.
Kisah keris pahlawan Melayu ini kononnya, mampu membunuh mangsanya apabila mata keris tersebut ditikam pada bekas telapak kaki yang ditinggalkan oleh mangsa di atas pasir, dan boleh meracun ikan di muara jika keris itu dicuci di muara sungai tersebut oleh tok gurunya.Pada zaman dahulu, pembuatan keris dianggap suatu pekerjaan yang suci.
Pembuat keris terdiri daripada orang yang terpilih di kalangan masyarakat atau
ditentukan khususnya raja (Berita Minggu, 1 Mac 1998).
Sejarah senjata terunggul Melayu ini juga tidak dapat dipisahkan daripada kisah-kisah magis, jelas membuktikan keris mempunyai kuasa kepahlawanan, ketuanan, dan kesaktian yang mengagumkan. Dahulu, keris dijadikan senjata peribadi sebagai penentu kuasa dan kudrat si ‘pemakainya’. Seni ukiran yang terpahat pada senjata ini turut memaparkan isi-isi cerita yang berunsur mistik, legenda, dan mitos yang tersendiri. Kisah mistik dalam keris yang digambarkan seperti keris boleh terbang sendiri ditafsirkan mencari atau menemui pemohon baru. Kisah keris yang ghaib dari sarung pula dikonsepkan sebagai haus akan darah manusia. Cerita keris milik Kiai Condong (Majapahit) dikatakan boleh bersikap ‘amuk’ bertujuan membunuh lawan dan kawan tanpa disertai pemilik keris itu.(Dipetik drpd Keris Seni Warisan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan