Sabtu, 23 April 2011

Pengenalan kepada Raja Bilah di Papan, Perak



Istana Raja Bilah(Carian Imej Google)
  • 1875-1911 Raja Bilah (Raja Biela) berasal dari Mandailing dari Sumatera pernah tinggal di Papan, Perak. Beliau merupakan anak kepada Raja Tedong Berani di Sumatera Barat yang melarikan diri pada 1860-an ke Semenanjung Tanah Melayu berikutan Perang Paderi (1816-1833). Penjajah Belanda mahu Sumatera terutama Acheh tunduk kepada kekuasaan mereka.
  • Raja Bilah pernah dilantik mengutip cukai timah di sekitar Kinta (Ipoh) daripada pelombong bijih timah yang melalui Sungai Kinta. Beliau pernah menjadi penghulu di Papan (1882-1909).
  • Selain itu Raja Bilah pernah pengusahakan lombong bijih timah di pekan Papan. Sungai Johan , Sungai Kinta dan Sungai Raya merupakan lokasi penting perlombongan bijih timah ketika itu. Antara kaedah perlombongan ketika itu ialah meludang, melereh, mencabik dan menabok. Kemudian Raja Bilah membeli enjin pam dari England. Kemudian enjin kedua dibeli dari Uganda.
  • Lombong bijih timah di Papan asalnya dipunyai oleh Sultan Ismail, Perak. Apabila Perang Perak meletus 1975 berikutan pembunuhan JWW Birch pada hari raya aidil fitri 2 November 1875, Frank Swettenham telah menyerahkan lombong ini kepada Raja Asal. Raja asal berasal dari Sumatera Barat dan bapa saudara kepada Raja Bilah . Akhirnya lombong-lombong ini diserahkan kepada Raja Bilah.
  • 1887 berlaku rusuhan para pelombong bijih timah di Papan, Perak.
  • 1894 Rumah Raja Bilah dibina di pekan lama Papan. Kini rumah Raja Bilah dijadikan muzium oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti. Datuk Dr Adi Taha selalu pengarah Jabatan Muzium dan Antikuiti menyatakan peruntukan penjagaan dan pembinaan semula menelan kos RM 1.1 juta. Rumah ini mempunyai seni bina Melayu dan mempunyai 6 bilik serta berusia 100 tahun. Rumah ini permah digunakan sebagai lokasi filem Anna and The King 1999.
    Sumber: http://www.mandailing.org




Hukum Nyanyian





1. Dalam hal ini, ulama’ berselisih pendapat antara yang membenarkan dan mengharuskannya. Bagi yang mengharuskannya seumpama Ibnu Hazm, Asy-Syeikh Abdul Ghani An-Nabulsi, Asy-Syazili At-Tunisi dan lain-lain meletakkan syarat mestilah mempunyai niat yang betul dan tidak bertentangan dengan syara’. Di samping itu, mestilah tujuannya yang tidak melanggar batas-batas syara’.


2. Isu nyanyian dan muzik dalam Islam juga merupakan perkara yang diperselisihkan oleh ulama’. Semenjak sekian lama para ulama’ berselisih pendapat dalam masalah ini antara menghukumkannya sebagai haram dan harus. Masing-masing mempunyai hujah-hujah yang tersendiri dalam memahami nas-nas yang berkaitan dengan perkara ini.
Walaupun di sana terdapat perselisihan pendapat, ulama’ bersepakat dalam menghukumkan haram bagi setiap jenis nyanyian yang mengandungi unsur kekejian, unsur kefasikan atau unsur penggalakkan ke arah melakukan maksiat.
Perselisihan pula berlaku dalam seumpama golongan yang mengharuskan sebarang bentuk nyanyian samada menggunakan alat muzik ataupun tidak, ada pula golongan yang mengharuskan jika sekiranya tanpa alat muzik dan ada juga yang mengharamkan secara mutlak samada menggunakan alat muzik ataupun tidak.
Berkait dengan hukum nyanyian bersama wanita, Islam telah meletakkan disiplin yang jelas tanpa wujudnya sebarang bentuk diskriminasi dan penindasan terhadap kaum wanita. Bagi mengelakkan sebarang fitnah yang berunsurkan pandangan yang bersyahwat dari golongan kaum lelaki dan memperagakan tubuh badan dari golongan kaum wanita, mengalun-alunkan suara (iaitu cara selayaknya sebagai penyanyi) dan seumpamanya, Islam melarang dan tidak membenarkan lelaki berduet bersama wanita dalam persembahan nyanyian.
Ia bersalahan dengan adab Islam yang disebut di dalam Al-Quran Al-Karim iaitu firman Allah (s.w.t):


Yang maksudnya: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya”. [Surah An-Nuur: 30-31]
Dan sabda Nabi (s.a.w): “Wahai Ali ! Jangan kamu iringi pandangan pertamamu dengan pandangan kedua, sesungguhnya bagi kamu pandangan pertama tapi tidak pada pandangan kedua”.


3. Nyanyian yang dipersembahkan oleh wanita adalah suatu perkara yang tidak dibenarkan oleh Islam. Al-Quran Al-Karim menyatakan arahan Allah (s.w.t):


Yang maksudnya: “…Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya…”. [Surah Al-Ahzab : 32]
Wanita hanya dibenarkan mempersembahkan nyanyian atau nasyid hanya untuk kalangan mereka sahaja dan tidak boleh dihadapan khalayak lelaki.



Jumaat, 22 April 2011

Keranda 152




Puisi Keranda 152 karya Usman Awang
Anak Melayu
Panas dadamu membakar baju
Kita arak keranda 152
Ke tanah perkuburannya Parlimen
Sepuluh tanah nafas ini terhenti
Hari ini jangan lagi menyanyi
Sebentar lagi malam akan tiba
Tiap pintu dan jendela sudah dijaga
Bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya
Anak Melayu
Namamu telah diseru
Jawablah sebelum lidahmu jadi bisu
__________________________________________________________________
Usah dikerandakan BAHASA MELAYU!
Menyesakkan dada para pencinta bangsa.Guru-guru terbeban di kepala.Ibu bapa mengangkat bahu tak kata apa.Anak muda semakin terpinga-pinga.Di manakah bahasa kita? Jangan biarkan ia terus dalam Keranda 152..
Sekalung takziah buat pejuang dan pencinta bahasa.
Keranda 152 diarak pejuang melayu.


__________________________________________________________________
Bahasa Melayu adalah bahasa untuk transmisi ilmu dunia dan akhirat dalam umat Islam berbangsa Melayu.
Kembalikan martabat dan maruah Bahasa Melayu!

Serba Sedikit Istilah Hulu Keris & Jenis Kayu

ISTILAH HULU KERIS DAN JENIS JENIS KAYU:

Pelbagai nama HULU KERIS yang terdapat diseluruh Nusantara ini.
Patani disebut hulu pekaka.
Semenanjung Tanah Melayu telah diberikan nama-nama seperti Anak Ayam Teleng, Anak Ayam Sejuk, Jawa Demam, Kakak tua, Tapak Kuda, Kencana, dan Pekaka. 
Di Indonesia banyak terdapat nama namanya seperti Hulu gaya Yogyakarta Wanda Naradakanda,Gaya Wanda Banaran,Gaya Surakarta wanda Longok ,Hulu Madura,Gaya Surakarta seperti Gaya model Donoriko.
Gaya Bali Penjelmaan rekabentuknya perbagai rupa dan bentuk seperti ada yang menggambarkan kekuatan dan kekuasaan senjata tersebut yang bersifat Raksaksa dan Garuda. 
Ragam hias hulu keris kebanyakannya bermotifkan bunga timbul, awan larat, bunga tebuk, ketam guri, bentuk fauna dan juga bentuk dewa Hindu dengan imbasan wajah manusia.

Ukiran pada hulu keris biasanya diperbuat dari kayu pilihan dari Perdu atau Tunjang kayu seperti Kayu Kemuning, Trembalo(Jawa),Tegor, Tempinis, Sena,Celagi, Petai Belalang, Boai, Lebang dan Kayu Hitam,Kayu Awar-awar(Jawa),Kayu Tayuman(Jawa) ,kayu klengkeng(Jawa),Kayu Tayuman,dsb.
Ada juga terdapat diperbuat dari Gading Gajah, Tanduk, Gigi Ikan Paus,juga dari bahan logam seperti Emas, Perak, Besi dan Kemor (sejenis batu karang) dsbnya.


Hulu Tajong(patani)

Hulu Anak Ayam Teleng

Hulu Anak Ayam Sejuk

Hulu Kakak Tua


[Gambar: Carian imej Google]

Meluruskan Istilah Nusantara

NUSANTARA(Carian imej Google)



INFO:Serba sedikit maknanya Sejarah Nusantara dalam kamus Pertubuhan Senipurba&Kraftangan :MELURUSKAN MAKNA Sejarah Nusantara.

Sejarah Nusantara
Sejarah Nusantara adalah peristiwa-peristiwa dan kerajaan-kerajaan yang berdiri di Nusantara atau Dunia Melayu sebelum penubuhan Malaysia, Singapura, Brunei, Filipina, dan Republik Indonesia. Umumnya, sejarah rantau ini dibahagikan kepada zaman purba atau prasejarah, zaman kerajaan Hindu Buddha, zaman kerajaan Islam dan akhirnya zaman kolonial. Selepas zaman kolonial, Nusantara berpecah kepada beberapa negara iaitu Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia,Singapura dan Timor Timur.

Zaman prasejarah
Penghijrahan manusia purba masuk ke wilayah Nusantara terjadi antara 100,000 - 160,000 tahun yang lalu sebagai sebahagian penghijrahan "keluar dari Afrika". Selanjutnya, kira-kira Abad ke-20 SM, 2000 SM, penghijrahan besar-besaran masuk ke Kepulauan Nusantara dilakukan oleh ras Austronesia dari Yunnan dan mereka menjadi nenek moyang kepada suku-suku di wilayah Nusantara barat. Mereka datang dalam dua gelombang, iaitu sekitar tahun 2500 SM dan 1500 SM.
Bangsa nenek moyang ini telah memiliki peradaban yang cukup baik. Mereka faham akan cara bertani yang lebih baik, ilmu pelayaran bahkan astronomi. Mereka juga sudah memiliki sistem tata pemerintahan sederhana serta memiliki pemimpin (raja kecil). Ketibaan pendatang-pendatang dari India pada abad-abad akhir sebelum masihi memperkenalkan sistem tata pemerintahan yang lebih maju (kerajaan) kepada mereka, dengan Dewawarman merupakan orang pertama yang memperkenalkan model tata pemerintahan yang lebih maju itu. Dewawarman juga melanjutkan dan memajukan wilayah kekuasaan di bawah Aki Tirem.
Ketika awal tarikh Masihi, Nusantara diperintah oleh beberapa kerajaan Buddha dan Hindu. Agama-agama dharma ini disebarkan oleh pedagang-pedagang India yang belayar ke Nusantara. Kerajaan Hindu pertama di Nusantara, mengikut catatan pedagang India ialah kerajaan Jawa Dwipa di pulau Jawa yang wujud sekitar 200 SM. Manakala, mengikut Prasasti Yupa, kerajaan tertua di nusantara ialah Kerajaan Kutai[1] yang bertarikh 400 SM.
Pada kurun ke 7 hingga kurun ke 14, terdapat dua kerajaan besar iaitu kerajaan Srivijaya dan kerajaan Majapahit. Kerajaan Srivijaya merupakan kerajaan pertama yang berjaya menyatukan Nusantara dan membentuk acuan budayanya. Ini diikuti dengan kerajaan Majapahit dari Jawa. Pengaruh Hindu ini bertahan sehingga abad ke 14 apabila Islam mula memasuki Nusantara menerusi Sumatra.

Sumatera
1. Kerajaan Srivijaya
2. Kerajaan Keritang
3. Kerajaan Melayu Jambi/Kerajaan Dharmasraya/Kerajaan Melayu Lama - Jambi
4. Kerajaan Sekala Brak

Semenanjung Melayu
1. Kerajaan Gangga Negara
2. Kerajaan Langkasuka
3. Kerajaan Pan Pan
4. Kerajaan Kedah Tua
5. Kerajaan Chi Tu/Kerajaan Tanah Merah 

Jawa
1. Kerajaan Salakanagara
2. Kerajaan Tarumanagara
3. Kerajaan Sunda Galuh
4. Kerajaan Isyana
5. Kerajaan Kalingga
6. Kerajaan Mataram Kuno (Hindu)
7. Kerajaan Medang
8. Kerajaan Kahuripan
9. Kerajaan Kediri
10. Kerajaan Kanjuruhan
11. Kerajaan Janggala
12. Kerajaan Jawa Dwipa
13. Kerajaan Singhasari
14. Kerajaan Majapahit
15. Kerajaan Pajajaran
16. Kerajaan Blambangan
17. Kerajaan Sailendra
18. Kerajaan Sanjaya

Borneo
1. Kerajaan Kutai
2. Kerajaan Po Ni
3. Kerajaan Banjar
4. Kerajaan Negara Daha
5. Kerajaan Negara Dipa
6. Kerajaan Tanjung Puri
7. Kerajaan Nan Sarunai
8. Kerajaan Kuripan

Vietnam
1. Kerajaan Champa
Kerajaan Islam (1500 - sekarang)
slam mula menapak di Nusantara sekitar kurun ke 11 menerusi Sumatra apabila kerajaan Pasai memeluk agama Islam. Penyebaran awal Islam di Nusantara dilakukan pedagang-pedagang Arab, Cina, India dan Parsi. Selepas itu, proses penyebaran Islam dilakukan oleh kerajaan-kerajaan Islam Nusantara melalui perkahwinan, perdagangan tempatan dan peperangan.
Pada kurun ke 14, Kesultanan Melaka berkembang menjadi pusat penyebaran Islam di Nusantara. Setelah kejatuhan Melaka, pusat penyebaran Islam beralih ke Kesultanan Aceh di Sumatra. Pada lewat kurun ke 15, Hampir keseluruhan Nusantara sudah memeluk Islam kecuali di pulau Bali, Filipina dan beberapa kawasan di Borneo, Sulawesi dan Jawa Barat.

Sumatera
1. Kepaksian Sekala Brak
2. Kesultanan Aceh
3. Kesultanan Asahan
4. Kerajaan Kemuning
5. Kerajaan Batin Enam Suku
6. Kerajaan Indragiri
7. Kesultanan Riau-Lingga
8. Kesultanan Deli
9. Kesultanan Jambi
10. Kesultanan Kota Pinang
11. Kesultanan Langkat
12. Kesultanan Pagaruyung
13. Kesultanan Palembang
14. Kesultanan Serdang
15. Kesultanan Siak Sri Inderapura
16. Kerajaan Pasai
17. Kesultanan Perlak
Semenanjung Melayu
1. Kerajaan Naning
2. Kerajaan Negeri Sembilan
3. Kerajaan Perlis
4. Kesultanan Johor
5. Kesultanan Kedah
6. Kesultanan Kelantan
7. Kesultanan Perak
8. Kesultanan Pahang
9. Kesultanan Patani
10. Kesultanan Selangor
11. Kesultanan Terengganu
12. Kesultanan Melaka

Jawa
1. Kesultanan Banten
2. Kesultanan Cirebon
3. Kesultanan Demak
4. Kesultanan Pajang
5. Kesultanan Mataram
6. Kesultanan Kartasura
7. Kerajaan Sumedang Larang
8. Kasunanan Surakarta
9. Kesultanan Yogyakarta
10. Mangkunagaran
11. Kadipaten Pakualaman

Borneo
1. Kesultanan Banjar
2. Kesultanan Bulungan
3. Kesultanan Brunei
4. Kesultanan Kutai
5. Kesultanan Sambas
6. Kerajaan Tanjungpura
7. Kesultanan Pontianak
8. Kesultanan Pasir Balengkong
9. Kesultanan Gunung Tabur
10. Kesultanan Sambaliung

Sulawesi
1. Kerajaan Luwuk
2. Kerajaan Wajo
3. Kesultanan Bone
4. Kesultanan Buton
5. Kesultanan Gowa
6. Kesultanan Soppeng

Filipina
1. Kerajaan Manila
2. Kesultanan Maguindanao
3. Kesultanan Sulu

Maluku
1. Kesultanan Ternate
2. Kesultanan Tidore
3. Kesultanan Jailolo
4. Kesultanan Bacan
5. Kerajaan Tanah Hitu

Nusa Tenggara
1. Kesultanan Bima
2. Kesultanan Dompu
3. Kesultanan Samawa

Zaman penjajahan Eropah
Zaman penjajahan Eropah bermula apabila Portugis menawan Melaka pada tahun 1511. Pada tahun 1521, Ferdinand Magellan tiba di Cebu, Filipina dan menjadikan pulau itu sebahagian daripada empayar Sepanyol. Pada tahun 1565, keseluruhan Filipina jatuh ketangan Sepanyol dan dinamakan Hindia Timur Sepanyol. Pada 1602, Syarikat Hindia Timur Belanda ditubuhkan dan pada tahun 1605, Ambon ditawan Belanda daripada tangan Portugis. Inggeris pula mula menapak di Nusantara apabila Sir Francis Light membuat perjanjian lisan dengan Sultan Kedah untuk mendapatkan Pulau Pinang. Belanda dan Inggeris kemudiannya bersaing untuk meluaskan pengaruh di Nusantara dan persaingan ini berhenti apabila Perjanjian Inggeris Belanda 1824 dimaterai. Perjanjian ini dan juga penjajahan Sepanyol merupakan titik penting dalam sejarah dimana Nusantara mula berpecah belah, daripada sebuah rantau yang bersatu kepada beberapa negeri mengikut penjajahnya.

Belanda
1. Zaman Syarikat Hindia Timur Belanda (1602 - 1800)
2. Zaman Belanda (1800 - 1942)

Inggeris
1. Syarikat Hindia Timur Inggeris
2. Malaya British
3. Syarikat Berpiagam Borneo Utara(Sabah)
4. Rajah Putih(Sarawak)

Portugis
1. Timor Portugis
2. Melaka Portugis

Sepanyol
1. Hindi Timur Sepanyol

Jepun
1. Empayar Jepun/ Perang Dunia Kedua (1942 - 1945)

Berpantun Bersama Sahabat







Hamba: 


Asap tinggi ngulung-ngulung,
Anak buaya menggonggong bangkai;
Harap hati nak memeluk gunung,

Apakan daya tangan tak sampai



Merak emas merak Palembang,
Merak suasa patah kaki;
Gunung emas sudah hilang,
Gunung suasa ada ganti.



Sahabat:


Harap hati nak memeluk gunung,
Apakan daya tangan tak sampai,
Usah difikir hingga bingung,
Bulat tekad hajat tercapai



Hamba: 


jawa berkelana sampai ke tanjung karang,
sudah tahu niatnya murni;
suka ditahan memuncak sekarang,
apa daya hati malu tak berani.



Sahabat:


suka ditahan memuncak sekarang,
apa daya hati malu tak berani,
lebih baik berterus terang,
jika tidak kempunan hingga ke mati.



Hamba:


puteri jelita siapa punya,
ramai sudah orang bertanya;
katanye ingin berkenalan apa salahnya,
sebagai kawan itu syaratnya.



belot lasykar dari gujerat,
kuda ditunggang masuk kolkata;
dalam pantun ku kirim hajat,
indah dalamnya mengalir kata.



pikul bakul daun mengkuang,
bawa ikan mati dituba;
pantang mengalah tak berjuang,
apa terdaya hendak mencuba.



Sahabat:


katanye ingin berkenalan apa salahnya,
sebagai kawan itu syaratnya,
itulah tanda kasih bermula,
kelamaan menjadi suri mu jua.



dalam pantun ku kirim hajat,
indah dalamnya mengalir kata,
niat dihati tiada yang jahat,
setulus kasih pasti dikota.



Pantang mengalah tak berjuang,
apa terdaya hendak mencuba,
andai nafas masih panjang,
langkah mesti diteruskan jua.



Hamba:


itulah tanda kasih bermula,
kelamaan menjadi suri mu jua;
jangan harapan semanis gula,
tak ditunai berderai usaha.



niat dihati tiada yang jahat,
setulus kasih pasti dikota;
bila hati sudah melekat,
tidak kira pangkat dan harta.



andai nafas masih panjang,
langkah mesti diteruskan jua;
itulah adat seorang pejuang,
nekad walau maut bersua.



Sahabat:


jangan harapan semanis gula,
tak ditunai berderai usaha,
usah menggunung harapan dibawa,
kehendak Ilahi diturut akhirnya.




bila hati sudah melekat,
tidak kira pangkat dan harta,
ikatan kasih bertaut erat,
moga kekal sepanjang usia.



itulah adat seorang pejuang,
nekad walau maut bersua,
tepak sirih hadir bertatang,
membawa maksud seribu makna.



Hamba:


usah menggunung harapan dibawa,
kehendak Ilahi diturut akhirnya;
itulah fikiran teruna berwibawa,
tak meracau walau sebal hatinya.


ikatan kasih bertaut erat,
moga kekal sepanjang usia;
adat berkasih kadang terjerat,
harap berkasih tak sia-sia.

tepak sirih hadir bertatang,
membawa maksud seribu makna;
hajat hamba telah terang,
moga adik terima teruna.

Sahabat:

itulah fikiran teruna berwibawa,
tak meracau walau sebal hatinya,
hidup sementara akhirat selamanya,
mohon restu dari Yang Esa.

adat berkasih kadang terjerat,
harap berkasih tak sia-sia,
tajam ilmu tinggi makrifat,
kasih berpanjangan ke hujung usia.

hajat hamba telah terang,
moga adik terima teruna,
andai terunamu bukan temberang,
pasti diterima oleh si dara.


Hamba:

hidup sementara akhirat selamanya,
mohon restu dari Yang Esa;
hidup di dunia mencari bekalan di sana,
supaya mendapat balasan syurga.

tajam ilmu tinggi makrifat,
kasih berpanjangan ke hujung usia;
harap doa daripada sahabat,
semoga si dara akan setia.

andai terunamu bukan temberang,
pasti diterima oleh si dara;
hamba teruna sejati memang terang,
menjadi idaman si dara.


Sahabat:


hidup di dunia mencari bekalan di sana,
supaya mendapat balasan syurga,
hidup di dunia mengharap bahagia,
adakah ke syurga menjadi nyata?

harap doa daripada sahabat,
semoga si dara akan setia,
kasih sayang sepenuh kudrat,
terbukti sudah kasih & mesra.

hamba teruna sejati memang terang,
menjadi idaman si dara,
andai bukti tidak terpampang,
adakah si dara berbudi bicara?

Hamba:



anak dagang bermain bangsi,
raja batak dari seberang;
pintu syurga tertutup hamba tangisi,
hendak buka pintu ibadah pun kurang.

kasih sayang sepenuh kudrat,
terbukti sudah kasih mesra;
itu semua hanyalah hajat,
hamba tak mencari tergesa-gesa.



serandau berhijrah ke tanjung tuan,
di tanjung tuan makan bidara;
hamba bicara sebagai gurauan,
tak sama bicara hati si dara.

Sahabat:

pintu syurga tertutup hamba tangisi,
hendak buka pintu ibadah pun kurang,
mulai sekarang elok menginsafi,
sesal kemudian padah bertandang.

itu semua hanyalah hajat,
hamba tak mencari tergesa-gesa,
andai hajat tak terbuat,
terlepas dara yang mampu berjasa.

hamba bicara sebagai gurauan,
tak sama bicara hati si dara,
resah hati tidak keruan,
andai keterunaan diambil kira.

Hamba:

helang merah terbang rendah,
helang menyongsong angin pakai raja,
siapa tauhid kepada Allah,
Syurga jannatunnaim dia beraja.

andai hajat tak terbuat,
terlepas dara yang mampu berjasa;
dengan diri pun tak terbuat,
ini pula mahu berjasa.

resah hati tidak keruan,
andai keterunaan diambil kira;
jika mengharap kasih tuan,
pasti sukar hendak mesra.

mati tak mahu hidup pun segan,
andai hati si dara tak dapat dicuri;
cinta muda-mudi hanyalah umpan,
padahnya hati ditusuk duri.

pulau penyengat nama diberi,
jadi mas kahwin setelah berahi;
mencuri hati rosak peribadi,
teman hidup kurniaan Ilahi..

Gunung emas sudah hilang,
Gunung suasa ada ganti,
Sekejap punya sekejap hilang,
Hilang sudah budi pekerti.