Tuhan kita Allah Yang Maha Esa
Nabi kita Muhammad Rasulullah
Bangsa kita Bangsa Nusantara
Kerana penjajah bangsa kita terpisah kerana tanah
Dahulu kita bebas menjalar di alam nusantara
Kini sungai dan laut menjadi sempadan
Bahasa Melayu bahasa nusantara
Adat budaya pusaka nusantara
Yang penuh budi bahasa
Yang kaya pekerti mulia
Yang dibalik sopan ada beraninya
Yang dibalik bicara ada hikmahnya
Panasnya dipagar tertib
Sukanya dibatas adab
Hidupnya dilingkari syariat
Nusantara bertuah pusaka kaya
Jadikanlah sempadan itu hanya sempadan tanah
Bukan sempadan adat budaya mahupun warisan seni
Kerana kita adalah Satu Nusantara
Di mana pun kita
Di Champa, Selatan Thailand , Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei mahupun Sulu
Ingatlah suatu zaman kita rakyat raja nusantara
Rakyat dibawah naungan Khalifah Islam Nusantara
Sungguh lurus jalan agama
Adat budaya dari benih yang satu
Tumbuh subur menjadi pasak dan memayungi tanah seluruh nusantara
Lupakanlah sengketa antara kita
Kerana sengketa kelak hilang maruah
Bangkitlah wahai bangsaku
Satu Nusantara
Umat nabi yang akhir
Kita Bangsa Nusantara..
Kita Bangsa Nusantara..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan