Jumaat, 22 April 2011

Sejarah Kampar, Perak

Menara Jam Merdeka 1957
(Carian imej Google)

Kampar



Kampar terletak di negeri Perak, Malaysia kira-kira 40 km dari bandaraya Ipoh dan 16 km dari pekan Tapah.
Kampar telah diisytiharkan sebagai dearah ke-10 Negeri Perak pada 21 Mei 2009 oleh DYMM Sultan Perak.
Antara tempat-tempat yang terletak berhampiran dengan Kampar ialah Chenderiang, Temoh, Banir, Ayer Kuning, Mambang Diawan, Kampung Kinjang , Malim Nawar dan Kuala Dipang. Gunung Bujang Melaka ( 1242 m) terletak kira-kira 8 km di timur laut Kampar.Sungai Kampar dan Sungai Kinjang mengairi kawasan ini. Suatu ketika dahulu kedua-dua sungai ini menjadi kawasan perlombongan bijih timah yang penting.
Kampar merupakan sebuah bandar di tepi jalan raya. Jalan raya menghubungkan Kampar dengan Ipoh di Utara dan Tapah, Langkap, Teluk Intan , Tanjung Malim dan Kuala Lumpur di selatan. Lebuh raya Utara Selatan turut melintasi kawasan ini, susur keluarnya ialah Plaza tol Gopeng.

Geologi


Dilihat dari sudut geografi dan geologi, Kampar terletak dalam lingkungan Lembah Kinta, kedudukannya seperti dalam kawah di penghujung barat kaki Gunung Bujang Melaka yang disaliri oleh Sungai Keranji dan Sungai Kampar yang terdiri dari tanah lanar adalah kaya dengan logam-logam timah. Sungai-sungai tersebut memendapkan tanah-tanah dan batu-batu kecil kelikir yang mengandungi logam-logam timah di tebing dan dasarnya, proses ini telah berlaku berjuta-juta tahun dahulu, menjadikan kawasan tersebut kaya dengan longgokan bijih timah.

Sejarah

Kalau kita lihat nama pekan Kampar itu sendiri mempunyai persamaan nama dengan Bandar Kampar di Sumatera, Indonesia. Ini diakui oleh para sejarahwan kita bahawa nama pekan ini adalah diambil sempena nama Kampar yang ada di Sumatera, Indonesia. Wujudnya perkaitan di antara kedua-dua nama ini adalah melalui perniagaan yang dijalankan oleh kedua-dua penduduk bagi dua pekan ini, perniagaan mereka yang paling utama ialah penjualan tembakau dan alat-alat tembikar sara tembaga. Kedatangan orang Kampar (Indonesia) yang paling ramai sekali dating ke sini ialah pada 1880-1900. Mereka datang melalui beberapa batang Sungai Kuala Dipang, Sungai Kampar, Sungai Kinta dan lain-lain lagi. Mereka menggunakan jong iaitu sebuah sampan besar yang diperbuat daripada kayu keras dan diukir menyerupai itik. Tempat persinggahan mereka adalah di tebing-tebing sungai. Maka, wujudlah beberapa buah Kampung Jeram di tebing Sungai Keboi. Selian itu, ada juga yang masuk melalui Teluk Intan dan mudik ke Sungai Perak hingga ke Sungai Perak hingga ke Kuala Kampar di mana Kuala Kampar inilah wujudnya pekan Malim Nawar yang masih ada hingga kini. Mereka datang adalah untuk berniaga. Dari Kuala Kampar mereka singgah ke beberapa buah kampung untuk menjual barang-barang mereka kepada penduduk tempatan. Kemudian mereka meneruskan lagi perjalanan hingga ke Kuala Keboi. Perniagaan mereka di sini bertambah maju kerana terdapat kerabat di raja dan Sultan tinggal di Kuala Keboi. Di daerah inilah juga lahirnya Sultan Alang Iskandar dan Panglima Megat Teramis (tokoh Negeri Perak). Setelah habis barang-barang perniagaan mereka dijual di tempat tersebut, mereka pun meneruskan perjalanan ke batang Tonggang dengan berjalan kaki. Di sini jugalah bermulanya Bandar Kampar yang ada hingga kini. Di Batang Tonggang (sekarang Kampar) inilah orang-orang Kampar itu (dari Indonesia) mendirikan kedai sederet atap. Penduduk dari kampung berhampiran dengan Batang Tonggang seperti kampung Sultan (sekarang Jalan Baru) membawa hasil-hasil pertanian mereka ke Batang Tonggang untuk dijual kepada orang Kampar (Indonesia) ini. Tahun demi tahun, kedai sederet atap orang Kampar ini bertambah maju. Setelah perniagaan mereka maju, akhirnya mereka membuat keputusan untuk menetap di sini kerana jarak antara Kampar (Perak) dengan Kampar (Indonesia) adalah jauh. Ini menyukarkan mereka berulang-alik. Selain itu, terdapat bencana di lautan seperti ombak yang besar dan lanun-lanun yang pada masa itu bermaharajalela. Ada setengah-setengah orang Kampar ini berkahwin dengan penduduk tempatan dan terus bermastautin di sini.
Pada peringkat awal, aktiviti perlombongan di Kampar dijalankan secara mengorek lubang-lubang kecil untuk mendapatkan tanah yang mengandungi bijih dan mendulangnya di tebing-tebing Sungai Keranji dan Sungai Kampar serta di kawasan-kawasan rendah yang mengandungi takungan air. Kegiatan tradisional kebanyakannya dilakukan oleh orang-orang Cina dan Eropah menambahkan kepesatan kegiatan ekonomi perlombongan bijih timah, apabila mereka memperkenalkan melombong cara pam palong dan kapal korek. Kedua-dua cara perlombongan iniboleh mengeluarkan hasil bihih timah dalam jumlah yang berlipat ganda banyaknya serta dapat menyumbangkan peluang pekerjaan kepada penduduk Kampar dan kawasan-kawasan sekitarnya. Keadaan ini berterusan sehinggalah menjelangnya kemerosotan pasaran timah pada awal tahun 1983.
Penempatan awal Kampar dan kepesatan industri perlombongan mendorong kedatangan orang-orang dari luar semua terutama orang-orang Cina dari Tanah Besar (Negeri China) dan juga yang telah bermastautin di Pulau Pinang dan Taiping untuk memulakan hidup baru di Kampar sebagai pekerja limbong, peniaga dan sebaginya.
Hari ini Kampar telah membangun sebagai pusat pentadbiran Daerah Kecil Gopeng dan Kampar serta menjadi pusat perniagaan dan kewangan yang menjadi tumpuan penduduk sekitarnya. Berbagai-bagai kemudahan dan infrastruktur telah disalurkan oleh pihak kerajaan untuk penduduk Kampar seperti Hospital, sekolah, bekalan air, elektrik dan sebagainya. Untuk memastikan keperluan pengurusan dan kebersihan Bandar Kampar, telah ditubuhkan Majlis Daerah Kinta Selatan untuk menguruskan dan menguatkuasakan keperluan dan peraturan-peraturan tersebut.
Jumlah penduduk sekarang bagi Kampar dan kawasan sekitarnya di bawah MDKS berjumlah kira-kira 98,534 (setakat 1993) orang yang terdiri orang Cina, Melayu, India dan sebagainya. Kepesatan pembangunan Kampar setaraf dengan bandar-bandar lain di negeri Perak malah pada satu ketika dulu Kampar adalah Bandar yang keempat besarnya di Perak selepas Ipoh, Taiping dan Teluk Intan. Ini membuktikan bijih timah menjadi sumber yang memainkan peranan penting menentukan kepesatan Kampar seperti juga Kuala Lumpur, Ipoh, Seremban dan Taiping.

KAMPAR SECARA UMUM


Pekan Kampar merupakan sebuah pekan di negeri Perak yang terletak kira-kira 40 km dari Bandar Ipoh dan 16km dari Pekan Tapah dan merupakan tempat persinggahan bagi perjalanan antara utara dan selatan dan juga merupakan Bandar yang terakhir sekali di Daerah Kinta, kerana ke selatannya ialah Daerah Batang Padang dan Hilir Perak. Pekan utaranya pula ialah Gopeng dan selatannya pula ialah pekan Tapah. Apabila disebut Kampar memberi pengertian Bandar Kampar dan kawasan-kawasan sekitarnya dalam lingkungan 10-20 batu persegi. Penerokaan dan petempatan awal Kampar mempunyai kaitan dengan penemuan bijih timah itu sendiri, maka tidak hairan jika ada pendapat yang mengatakan Kampar dibangunkan di atas bijih timah dan sehingga kini bijih timah masih dilombong meskipun kepesatannya mulai berkurangan akibat kemerosotan pasaran timah.
Dilihat dari sudut geografi dan geologi, Kampar terletak dalam lingkungan Lembah Kinta, kedudukannya seperti dalam kawah di penghujung barat kaki Gunung Bujang Melaka yang disaliri oleh Sungai Keranji dan Sungai Kampar yang terdiri dari tanah lanar adalah kaya dengan logam-logam timah. Sungai-sungai tersebut memendapkan tanah-tanah dan batu-batu kecil kelikir yang mengandungi logam-logam timah di tebing dan dasarnya, proses ini telah berlaku berjuta-juta tahun dahulu, menjadikan kawasan tersebut kaya dengan longgokan bijih timah.
Pada peringkat awal, aktiviti perlombongan di Kampar dijalankan secara mengorek lubang-lubang kecil untuk mendapatkan tanah yang mengandungi bijih dan mendulangnya di tebing-tebing Sungai Keranji dan Sungai Kampar serta di kawasan-kawasan rendah yang mengandungi takungan air. Kegiatan tradisional kebanyakannya dilakukan oleh orang-orang Cina dan Eropah menambahkan kepesatan kegiatan ekonomi perlombongan bijih timah, apabila mereka memperkenalkan melombong cara pam palong dan kapal korek. Kedua-dua cara perlombongan iniboleh mengeluarkan hasil bihih timah dalam jumlah yang berlipat ganda banyaknya serta dapat menyumbangkan peluang pekerjaan kepada penduduk Kampar dan kawasan-kawasan sekitarnya. Keadaan ini berterusan sehinggalah menjelangnya kemerosotan pasaran timah pada awal tahun 1983.
Penempatan awal Kampar dan kepesatan industri perlombongan mendorong kedatangan orang-orang dari luar semua terutama orang-orang Cina dari Tanah Besar juga yang telah bermastautin di Pulau Pinang dan Taiping untuk memulakan hidup baru di Kampar sebagai pekerja limbong, peniaga dan sebaginya.
Hari ini Kampar telah membangun sebagai pusat pentadbiran Daerah Kecil Gopeng dan Kampar serta menjadi pusat perniagaan dan kewangan yang menjadi tumpuan penduduk sekitarnya. Berbagai-bagai kemudahan dan infrastruktur telah disalurkan oleh pihak kerajaan untuk penduduk Kampar seperti Hospital, sekolah, bekalan air, elektrik dan sebagainya. Untuk memastikan keperluan pengurusan dan kebersihan Bandar Kampar, telah ditubuhkan Majlis Daerah Kinta Selatan untuk menguruskan dan menguatkuasakan keperluan dan peraturan-peraturan tersebut.
Jumlah penduduk sekarang bagi Kampar dan kawasan sekitarnya di bawah MDKS berjumlah kira-kira 98,534 (setakat 1993) orang yang terdiri orang Cina, Melayu, India dan sebagainya. Kepesatan pembangunan Kampar setaraf dengan bandar-bandar lain di negeri Perak malah pada satu ketika dulu Kampar adalah Bandar yang keempat besarnya di Perak selepas Ipoh, Taiping dan Teluk Intan. Ini membuktikan bijih timah menjadi sumber yang memainkan peranan penting menentukan kepesatan Kampar seperti juga Kuala Lumpur, Ipoh, Seremban dan Taiping.

KAMPAR MASA KINI

Pengenalan:

Kampar terletak 40 km di Selatan Bandar Ipoh Ibu Negeri Perak kira-kira 40 minit perjalanan dengan kereta. Sekiranya dari Kuala Lumpur pula, Kampar terletak 180km ke utara yang mengambil masa 3-4 jam perjalanan dengan jalan raya dan keretapi, samada dari utara ataupun dari Selatan, Kampar terletak dalam kawasan Lembah Kinta yang memang terkenal dengan bijih timah sejak awal penemuannya. Bandar Kampar adalah salah sebuah Bandar di Negeri Perak yang dibangunkan kerana bijih timah seperti juga Ipoh, Taiping, Batu Gajah dan Tapah.

Politik:

Bandar Kampar terletak di kawasan Parlimen Kampar dan di bawah Dewan Undangan Negeri Malim Nawar. Melalui kedua-dua wakil yang dipilih melalui pilihanraya mereka berhak menyuarakan kepentingan penduduk yang diwakilnya supaya dapat disalurkan ke pengetahuan pihak yang berkuasa.



PENDUDUK AWAL KAMPAR DAN POLULASINYA

Dalam tahun 1882, terdapat kira-kira 4,000 orang Cina di Kinta. Pada tahun 1884, jangka ini bertambah kepada 5,000 orang. Seramai 9,000 orang Cina di Kinta pada tahun 1886. Seterusnya pada tahun 1887 seramai 25,000 orang Cina dan pada tahun 1888 seramai 38,000 orang terdapat di Kinta.

PEKERJAAN PENDUDUK DAHULU

Keadaan tanah-tanih Kampar yang pamah dan beralun terdiri dari tanah lanar dan granit yang kaya dengan bijih timah dan tidak hairan jika ia menjadi salah satu kawasan yang kaya dengan bijih timah di Malaysia. Penemuan dan penempatan awal daerah ini ada kaitannya dengan penemuan bijih timah di akhir kurun ke-19. Kepesatan pembangunan daerah ini berkembang seiring dengan kemajuan industri pelombongan timah. Oleh itu, kebanyakan penduduk awal di Kampar bekerja sebagai pelombong-pelombong bijih timah. Ada juga pelombong bijih timah yang menjadi kaya hanya dengan melombong bijih timah kerana harga bijih timah yang tinggi. Bagaimanapun kepesatan industri pelombongan timah telah berubah sejak akhir-akhir ini kesan dari pasaran timah yang merosot di peringkat dalam negeri dan antarabangsa. Akibatnya, banyak penduduk yang hilang mata pencarian mereka.
Disamping kaya dengan timah, tanah-tanih di Kampar juga subur untuk kegiatan pertanian. Antara tanaman yang diusahakan sama ada kebun-kebun kecil ataupun ladang-ladang besar ialah getah, kelapa sawit, koko, buah-buahan dan sayur-sayuran. Di bawah adalah huraian tentang tanaman getah dan pekerjanya.

GETAH

Getah adalah pendapatan penduduk Kampar yang utama. Kebanyakan kebun getah terdapat di kawasan-kawasan pedalaman Kampar. Penanaman getah secara besar-besaran ini telah dimulakan oleh orang Inggeris menjelang tahun 1900 dan diusahakan oleh kaun India dan Melayu. Orang Cina tidak berminat pada penorehan getah. Orang Cina hanya menjadi pemborong kepada penanaman getah. Oleh kerana diborong, harga beliannya murah.
Selain dari melombong bijih timah dan menanam getah, penduduk Kampar juga pandai berniaga terutama orang-orang Kampar (Indonesia).

PERNIAGAAN

Orang-orang Kampar (Indonesia) begitu arif dalam bidang perbiagaan. Jadi tidak hairanlah sumber kewangan mereka bergantung kepada jenis perniagaan mereka. Setelah kedai sederet atap, orang-orang Kampar menjual barangan mereka kepada penduduk tempatan. Barang jualan mereka adalah seperti tembikar, alat-alat tembikar dan kain-kain yang diperbuat daripada sutera.
Mereka juga membeli barang-barang lain dariapada penduduk setempat untuk dijual semula. Hasil daripada wang jualan, mereka memperbesarkan lagi perniagaan mereka. Jadi gelaran orang kaya pada masa itu kebanyakan adalah orang-orang Kampar yang mempunyai perniagaan.

HASIL-HASIL LAIN

Selain itu, penduduk setempat juga mempunyai pelbagai pekerjaan. Ada di kalangan mereka mengusahakan kebun-kebun kecil untuk bercucuk tanam, menjadi penternak haiwan-haiwan untuk dijual. Penduduk setempat juga ada yang mahir dalam asas seni pertukangan. Mereka menerima upah membuat rumah dan sampan. Banyak lagi pekerjaan sampingan di kalangan pendudk setempat di Kampar semasa pembukaannya. Mereka adalah golongan yang rajin berusaha dan mempunyai cita-cita yang tinggi untuk berjaya.

PENGASAS KAMPAR

Adalah dipercayai personaliti yang bertanggungjawab memajukan pada peringkat awalnya petempatan tersebut ialah Ngah Jabor atau Mohamed Jabor bin Bardot (1859-1921). Kajian mengenainya dalam ‘The Identity of Ngah Jabor dan Mohamed Jabor bin Bardot (1859-1921) oleh Dato Mohd. Hashim bin Sam Abdul Latif dalam Journal of Malaysia Branch Royal Asiatic Society (JMBRAS) Vo. 53 menyatakan beliau adalah salah seorang yang bertanggung jawab membunuh Residen Inggeris di Perak, J.W.W. Birch. Selian daripada pembesar-pembesar Melayu seperti Dato’ Maharajalela, Dato Sagor, Raja Abdullah dan lain-lain. Sementara yang lain-lain itu telah dihukum, Ngah Jabor berjaya menghilangkan diri.
Antara tahun 1876 sehingga 1886 kemungkinan Ngah Jabor menghilangkan diri untuk betapa/menuntut ilmu bagi memperlengkapkan diri. Raja Idris yang kemudian menjadi Sultan Perak ke-28 (1887-1916) menjadi hakim perbicaraan tersebut.
Raja Idris (Dris) adalah saudara sesusu kepada Ngah Jabor kerana semasa bayinya, Ngah Jabor menyusu kepada ibu Raja Idris, Ken Uda. Ini menjadi amalan biasa bagi keluarga Diraja menyusukan anaknya kepada orang lain terutama dari golongan orang-orang kenamaan. Meraka adalah sebaya dan dilahirkan di kampung yang sama, kampung Kuala Dipang. Kerana itulah Ngah Jabor bebas dari hukuman. Beliau menghilangkan diri dan sebelas tahun kemudian, 1886, muncul kembali (pembunuhan Birch pada 2hb November 1875), kali ini dengan identity baharu iaitu Mohamed Jabor. Kemungkinan pada masa menyepikan diri itu beliau telah membuka penempatan baru di Kampar untuk mengelakkan diri dari pengetahuan pihak British.
Pada 1893, Sultan Idris, Mohd Jabor bin Bardot dan Haji Abdul Rahman adalah pelombong-pelombong Melayu pertama di kawasan ini. Apabila Daerah Kampar dibuka dengan rasmi untuk pajakan lombong, Mohd Jabor memiliki lombong-lombong dengan pajakan lombong yang bernombor ML 882 bertarikh 18hb November 1894, seluas 22 ekar dengan pekerja seramai 167 orang. Pada tahun yang sama juga ia telah memiliki dua pajakan lombong melibatkan keluasan 55 ekar dan 10 ekar; di mana keseluruhannya berjumlah 90 ekar. Daripada keluasan tanah tersebut, Mohamed Jabor menjalankan kegiatan pelombongan sehingga tahun 1910.
Menurut kajian Encik Chye Kooi Loong pula pada 1886 seorang pemimpin Melayu yang berkaliber dan dinamik bernama Imam Prang Jabor adalah bertanggungjawab membuka perkampungan Melayu di hilir Sungai Keranji berdekatan pasar lama Kampar. Perkampungan asal ini dikenali sebagai Mambang Diawan sempena nama Gunung Mambang Diawan yang tingginya 1,455 kaki yang bermakna ‘Fairies among the cloud’
Apabila didapati daerah lembah kinta termasuk Kampar kaya dengan bijih timah hasil kajian oleh jurutera perlombongan Peranchis menjadikan Kampar satu penempatan yang untuk untuk diterokai.
Imam Prang Jabor menggalakkan para pengikutnya melombong dengna cara mengorek lubang-lubang kecil di kaki-kaki bukit dan mendulangnya di tebing-tebing sungai. Di samping itu, Imam Prang Jabor memberitahu pihak pentadbiran British isitu J.B.M. Leech sebagai Pegawai Daerah dan Majistret di Kinta. J.B.M. Leech kagum dengan keterangan tersebut seterusnya mengajak Maxwell seorang kadet M.C.S. dan Bramforth seorang juruukur melawat ke tempat di mana aktiviti perlombongan itu dijalankan.
Seterusnya, JBM Leech memilih satu kawasan di tebing kanan Sungai Keranji untuk ke tapak lot kedai. Bermula dari sinilah usaha-usaha perlombongan telah giat dijalankan dengan kehadiran pelombong Cina dan Eropah. Tapak kedai telah dijual dengan harga $25 sekeping.
Bandar Kampar bermula dengan nama Kampung Batang Tonggang yang lokasinya pada hari ini ialah di kawasna yang meluputi Jalan Masjid daripada simpang di Jalan Gopeng hingga ke Kampung Changkat (Kampung Masjid) yang wujud sekarang. Kampung ini yang terletak betul-betul di lereng Gunung Bmelaka adalah bersempadan dengan Gospel Hall yang ada sekarang ini di sebelah utara dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ?Public Girls’ di sebelah selatan.
Mengapa namanya Batang Tonggang? Sumber lisan menyatakan terdapat banyak anak sungai di kawsan ini yang merupakan punca tenaga asli dalam kegiatan melampan ini. Batang-batang kayu digunakan sebagai titi menyeberangi anak-anak sungai ini dan dari situlah wujudnya istilah ‘menonggang’ atau ‘meniti’ batang-batang kayu ini. Ada juga titi yang ‘tertonggang’ (terjatuh hujungnya) ke dalam air.
Akan tetapi, mengikut seorang pegawai Inggeris, George Maxwell menyebut tempat tersebut sebagai Mambang Diawan kerana tempat berkenaan terdapat seorang mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang Melaka. Sebanarnya ia bermula dengan sekumpulan pelombong bijih timah yang telah bekerja keras sepanjang hari dan apabila mereka berehat, mereka ternampak bidadari di awan-awan kerana keletihan mereka, oleh itu, dapat disimpulkan bahawa nama Batang Tonggang kemudian menjadi Mambang DiAwan dan seterusnya ditukar kepada nama sekarang.
Akhir sekali perlu dijelaskan kewujudan nama Sungai Kampar kerana darinyalah nama bandar ini dipakai sekarang. Sumber lisan menerangkan sungai ini menjadi lebuhraya pedagang-pedagang dari bandar Kampar di Pulau Sumatera. Pergerakan penduduk tempatan di kepulauan Melayu memang tidak dapat dinafikan dalam sejarah. Kerana itu jugalah terdapat ramai orang dari Sumatera dan Pulau Jawa di kampung-kampung di sekitar Bandar ini. Memang menjadi kebiasaanlah wujudnya nama satu-satu tempat itu dari nama sungai yang berdekatan.
Cara asal nama Kampar diambil tidak dipersetujui oleh beberapa penduduk. Terdapat cerita mengenai seorang Sultan Perak yang datang ke Kuala Dipang bersama sida-sida baginda untuk berkelah. Semasa berenang dan memancing di Sungai Kuala Dipang, mereka mendapati banyak mati kerana keracunan ‘tuba’ di sungai tersebut. Baginda dan pengikut-pengikut baginda ternampak selonggok kapor tetapi memanggilnya kampar tetapi kemudian cara sebutannya menjadi Kampar.

ASAL-USUL PENDUDUK

Kalau kita lihat nama pekan Kampar itu sendiri mempunyai persamaan nama dengan Bandar Kampar di Sumatera, Indonesia. Ini diakui oleh para sejarahwan kita bahawa nama pekan ini adalah diambil sempena nama Kampar yang ada di Sumatera, Indonesia. Wujudnya perkaitan di antara kedua-dua nama ini adalah melalui perniagaan yang dijalankan oleh kedua-dua penduduk bagi dua pekan ini, perniagaan mereka yang paling utama ialah penjualan tembakau dan alat-alat tembikar sara tembaga.
Kedatangan orang Kampar (Indonesia) yang paling ramai sekali datang ke sini ialah pada 1880-1900. Mereka datang melalui beberapa batang Sungai Kuala Dipang, Sungai Kampar, Sungai Kinta dan lain-lain lagi. Mereka menggunakan jong iaitu sebuah sampan besar yang diperbuat daripada kayu keras dan diukir menyerupai itik. Tempat persinggahan mereka adalah di tebing-tebing sungai. Maka, wujudlah beberapa buah Kampung Jeram di tebing Sungai Keboi.
Selian itu, ada juga yang masuk melalui Teluk Intan dan mudik ke Sungai Perak hingga ke Sungai Perak hingga ke Kuala Kampar di mana Kuala Kampar inilah wujudnya pekan Malim Nawar yang masih ada hingga kini. Mereka dating adalah untuk berniaga. Dari Kuala Kampar mereka singgah ke beberapa buah kampung untuk menjual barang-barang mereka kepada penduduk tempatan.
Kemudian mereka meneruskan lagi perjalanan hingga ke Kuala Keboi. Perniagaan mereka di sini bertambah maju kerana terdapat kerabat di raja dan Sultan tinggal di Kuala Keboi. Di daerah inilah juga lahirnya Sultan Alang Iskandar dan Panglima Megat Teramis (tokoh Negeri Perak).
Setelah habis barang-barang perniagaan mereka dijual di tempat tersebut, mereka pun meneruskan perjalanan ke batang Tonggang dengan berjalan kaki. Di sini jugalah bermulanya Bandar Kampar yang ada hingga kini. Di Batang Tonggang (sekarang Kampar) inilah orang-orang Kampar itu (dari Indonesia) mendirikan kedai sederet atap.
Penduduk dari kampung berhampiran dengan Batang Tonggang seperti kampung Sultan (sekarang Jalan Baru) membawa hasil-hasil pertanian mereka ke Batang Tonggang untuk dijual kepada orang Kampar (Indonesia) ini.
Tahun demi tahun, kedai sederet atap orang Kampar ini bertambah maju. Setelah perniagaan mereka maju, akhirnya mereka membuat keputusan untuk menetap di sini kerana jarak antara Kampar (Perak) dengan Kampar (Indonesia) adalah jauh. Ini menyukarkan mereka berulang-alik. Selain itu, terdapat bencana di lautan seperti ombak yang besar dan lanun-lanun yang pada masa itu bermaharajalela. Ada setengah-setengah orang Kampar ini berkahwin dengan penduduk tempatan dan terus bermastautin di sini.
Dalam tahun 1880-an, apabila lombong-lombong dari Pulau Pinang dibuka di Larut dan Matang di Utara Perak di lembah Kinta menyebabkan kedatangan orang Cina dari Pulau Pinang secara beramai-ramai. Kegiatan perlombongan ini telah dimulakan di kaki bukit di sekitar Bandar Ipoh, Papan, Jelapang, Lahat, Pusing, SiPuteh dan Batu Gajah. Tetapi pada masa itu masih belum wujud lagi Bandar yang sekarang kita kenali sebagai Bandar Kampar.
Pada masa itu, Kampar masih lagi diliputi dengan hutan belantara manakala Gopeng telah pun menjadi kampong perlombongan bijih timah yang berjaya. Apabila JBM Leech yang menjadi Majistret pertama Daerah Kinta, beliau melawat mukim Kampar dalam tahun 1879 dan telah berjumpa seorang pekebun Inggeris bernama Handyside yang cuba meneroka kawasan kaki Gunung Bujang Melaka. Handyside cuba menanam pokok kopi tetapi gagal dan menjualkan tanahnya kepada orang lain yang bernama Smith.
Mengikut Sir George Maxwell, Kampar telah dibuka pada tahun 1886. Pembukaannya memang ada bersangkut paut dengan penemuan sebuah kawasan yang kaya dengan bijih timah dalam kawasan Kampar, di mana seorang tokoh telah memainkan peranan yang penting di dalam pembangunan Kampar iaitu Imam Prang Jabor.
Imam Prang Jabor yang berasal dari Sumatera Tengah telah membawa sejumlah pengikut untuk menetap di sekitar Gopeng dan Kuala Dipang. Sebagai seorang yang mempunyai idea yang praktik, petempatan dan pembangunan sesuatu tempat, beliau sering mendesak En. JBM Leech, salah seorang pegawai daerah yang terbaik di Malaysia untuk membuka negeri. Sementara itu, lombong-lombong Kuala Dipang dan Gopeng pada masa itu sedang mencari bijih timah di sekitar kawasan sepanjang Sungai Kampar. Pasa suatu hari, beliau telah menunggang ‘Deli’ Ponynya untuk ke Batu Gajah untuk berjumpa Mr. Leech mengenai satu maklumat penting yang telah beliau perolehi. Beliau memberitahu Pegawai Daerah Kinta itu bahawa bijih timah telah dijumpai berdekatan Mambang DiAwan di atas jalan yang sedang dibina dari Kuala Dipang ke Tapah.
Beliau melaporkan bahawa kawasan tersebut penuh dengan aktiviti dan ramai penduduk sedang menggali tanah menggunakan cangkul dan mencuci bijih yang dijumpai dalam kotak kecil yang panjang di sepanjang sungai.
Penjelasan Imam telah menarik perhatian Mr. Leech dan beliau telah meminta Sir George Maxwell mengikutnya untuk ke kawasan perlombongan bijih timah yang baru di Mambang DiAwan. Awal pagi keesokkan harinya, Maxwell, Leech dan Bramforth, Pengkaji Daerah Kinta, telah bertolak menaiki kuda dari Batu Gajah ke Kuala Dipang. Gunung Mambang DiAwan yang menganjur keluar dari rangkaian Gunung Bujang Melaka merupakan sebuah tanda bumi yang nyata.
Tiada keraguan bahawa kawasan tersebut merupakan kawasan yang kaya dengan bijih timah dan Leech tidak membuang masa lalu memilih sebuah tapak untuk mendirikan sebuah pekan di kawasan barat Gunung Mambang DiAwan pada sebelah kini tebing Sungai Keranji, sebuah cabangan dari Sungai Kampar. Bramforth meneliti kawasan tersebut dan tanahnya dibahagi kepada lot-lot kedai berukuran 20 kaki kepada 80 kaki. Harga sebuah lot ini hanya $25 sahaja.
Penetap pertama telah membina pondok atap dalam kawasan tersebut berdekatan stesen keretapi lama. Pelombong-pelombong pertama ini datang dari ‘Say Yip’ (empat daerah), Selatan Kwantung Barat dan dari Chen Shang dalam Pusat Kwantung. Disebabkan oleh jumlah penemuan bijih timah yang semakin meningkat, lebih banyak orang Cina dating membina rumah mereka di Jalan Ampang.
Selalunya wujud sesebuah Bandar itu adalah bermula dalam bentuk fizikal yang lebih kecil yang mungkin merupakan sebuah kampung atau sebuah petempatan kecil. Begitu jugalah dengan Bandar Kampar yang pada masa ini bilangan penduduknya dianggarkan seramai 98,534 termasuk kawasan sekitarnya.
Penyelidikan menunjukkan kegiatan melampan bijih timah adalah pekerjaan utama di kampung ini disamping menanam padi. Di sinilah tempat berinteraksinya orang-orang Melayu tempatan, orang Melayu dari Kampar Sumatera yang dipanggil orang Kampar Luar dan orang-orang Cina yang kemudiannya datang beramai-ramai apabila Bandar ini dibuka dan lot-lot tanah dibahagi-bahagikan.
Tarikh pembukaan 1886 petempatan ini dapat dibuktikan dengan tiadanya dicatat nama Kampar ini dalam mana-mana bahan bertulis yang diselidiki sebelum tarikh tersebut. Antara yang boleh dijadikan contoh ialah peta pertama Negeri Perak yang dikeluarkan oleh Juru Ukur Am Negeri-Negeri Selat di Pulau Pinang yang bertarikh 2.12.1875 di mana tidak ada nama Kampar, yang ada hanyalah ‘Sungai Kampar dan ‘Gopin’ (Gopeng). Begitu juga tiada nama Kampar disebut oleh JBM Leech pada 1879 dalam JSBRAS Jil.4 1879 walaupun nama Gopeng dan Tapah ada disebut. Terdapat banyak lagi contoh atau bukti dalam artikel-artikel lain yang memberi petunjuk nama Kampar tidak wujud sebelum 1886. Oleh itu, pada hari ini, sudah 101 tahun usianya, Kampung Batang Tonggang sudah berusia lebih lama daripada itu.
Kira-kira menjelang abad yang kedua puluh, menurut Herbert Barkeley iaitu pegawai Ulu Perak yang memegang jawatan Pegawai Daerah, nama pekan ini ditukar kepada nama Kampar oleh Sir Ernest W.Birch, Setiausaha Kerajaan FMS (‘Federation of Malay States") atau kesatuan Negeri-negeri Melayu kerana nama Mambang DiAwan sangat panjang. Lebih kurang 50 tahun kemudian sebuah kampung baru dibuka kira-kira 2 batu dari pekan Kampar dan diberi nama pekan Kampar yang lama iaitu Mambang Diawan. Pada masa itu, rumah-rumah hanya dibina dengan kayu, beratap rumbia dan hanya terdapat dua jalan raya iaitu Jalan Gopeng dan Jalan Idris. Cuma terdapat empat deretan kedai terletak di antara Jalan Ampang dengan Jalan Market.
Pada tahun-tahun pertamanya, terdapat juga orang Melayu tinggal di Kampar, mereka memilih sebuah kawasan petempatan atau perniagaan di mana ‘Cold Storage’ yang lama pernah ada dan membina sebelas buah kedai. Jumlah penduduk Melayu semakin bertambah dengan kedatangan orang Sumatera. Pada mulanya mereka diberi layanan sebagai orang asing. Masa berlalu dan mereka mengaku diri mereka sebagai penduduk asal. Ia pernah dikatakan oleh Ah Hoi yang merupakan salah seorang penduduk pertama di Kampar bersama-sama dengan orang Melayu yang berjumlah kira-kira 2,000 orang.
Firma Eropah yang terawal memulakan kegiatan perlombongan di Kampar ialah Societe de Etains de Kinta. Pada tahun 1964, ia masih beroprasi di Kampar dan menjadi firma Eropah yang tertua bertahan di kawasan ini. Lombong-lombong mereka terletak di sekeliling stesen keretapi dan mengambil buruh membina stesen hidroelektrik di Talam, dan merupakan stesen penghasil elektrik pertama di Perak. Air dari Bukit Ketyah diempangkan dan paip-paip air menurun cerun-cerunnya mengalir ke arah Stesen tersebut di kaki bukit.
Bijih lombong cara ‘open cast’ (pam kelikir) dan shaf digunakan. Dalam kawasan membawa manusia turun, digali untuk sampai ke bijih timah. Sebuah pan yang amat berguna dipanggil chin-chia digunakan untuk memastikan shaf sentiasa kering. Pan ini diperbuat daripada kayu hampir sama dengan pan yang digunakan di Cina untuk mengairi sawah padi.
Penduduk awal di Kampar yang awal nampaknya suka berjudi dan menghisap candu, memandangkan terdapat beberapa pusat perjudian dan candu yang diberi lesen oleh pihak British. Wujudnya pusat-pusat ini telah menyebabkan permusuhan kumpulan-kumpulan dan jenayah serius. Maka berlakulah hura-hara sehingga pihak polis mengenakan ‘pengurungan’. Ahkirnya pihak berkuasa terpaksa menutup pusat-pusat ini.
Mengikut banci penduduk yang dijalankan oleh kerajaan pada tahun 1931, penduduk Kampar berjumlah 15,302. Lelaki melebihi perempuan dengan jumlah 9,116 kepada 6,186. Terdapat 2,236 rumah dalam bandaraya.

ZAMAN DARURAT

Selepas Jepun dikalahkan dalam tahun 1946, Parti Komunis Malaya (PKM) keluar dari hutan. PKM telah menjadi sebuah parti yang kuat dengan penambahan bilangan ahli-ahlinya. Justeru itu, PKM telah melancarkan pemberontakan bersenjata di Tanah Melayu pada bulan Jun 1948. Pada masa yang sama, gerila-gerila komunis telah membunuh tiga peladang Eropah dekat Sungai Siput di Perak. Kejadian ini menandakan bermulanya zaman darurat di Tanah Melayu.
Pihak komunis telah memeras penduduk di pendalaman dan pinggir hutan supaya membekalkan mereka dengan bahan makanan dan barang-barang keperluan yang lain. Di Kampar, kawasan-kawasan kediaman orang-orang Cina yang turut menjadi mangsa ialah Kampung Batu Berangkai dan Kampung Senundong.
Pada tahun tersbeut, sekeliling Bandar Kampar dipagari kawat duri supaya keselamatan penduduk lebih terjamin. Tinggi pagar ini lebih kurang 7 kaki. Orang-orang Cina yang tinggal di pinggir hutan pula dipindahkan oleh British ke sebuah kampung baru untuk menghindari pihak komunis. Kampung baru tersebut dinamakan Mambang Diawan dan ianya diberi perlindungan oleh pihak polis. Zaman darurat telah berlangsung selama 12 tahun mulai tahun 1948, diisytiharkan taman pada 31 hb Julai 1960.


TEMPAT MENARIK DI KAMPAR

Gua Tempurung


Antara bukit-bukit batu kapur dan marmar yang terindah di Malaysia adalah Gua Tempurung. Tersembunyi di dalam batu kapur ini adalah satu rangkaian sistem gua dalam berbagai dimensi dan berangkaian seolah sarang lebah. Gua-gua ini sesungguhnya adalah sebuah galeri yang menyimpan beribu bentuk stalakmit dan stalaktit dan lain-lain bentuk ukiran batu yang merupakan warisan alam yang amat menakjubkan. Gua Tempurung merupakan gua utama di banjaran ini. Ia berlengkar di dalam perut Gunung Tempurung sebagai satu terowong dari timur menembusi ke barat sepanjang 1.9 km. Kini jejantas dan tangga telah disediakan di dalam sebahagian daripada gua-gua tersebut dan dengan adanya kemudahan ini, lawatan ke dalam gua kini amat mudah dan selesa.
Sebahagian daripada gua ini dilengkapi dengan lampu terang biasa untuk menyinari keadaan asli dan semulajadi gua ini. Dalam pada ini, pengunjung dapat menghayati keindahan ciptaan alam semulajadi dengan lebih dekat lagi. Dari Lebuhraya Utara-Selatan susur keluar melalui persimpangan Gopeng, kira-kira 25 km ke selatan bandaraya Ipoh. Dari persimpangan Gopeng, masuk ke Lebuhraya Persekutuan 1 (jalan lama) dan tuju ke selatan kira-kira 2 km sehingga Kampung Gunung Mesah. Belok ke kiri, dan lalui jalan kampung sepanjang 5 km. Jalan kampung ini boleh digunakan oleh semua jenis kenderaan termasuk bas. Selepas melalui kampung ini, anda akan melalui tanah bekas lombong. Untuk menyenangkan pengunjung, terdapat banyak papan tanda di sepanjang jalan menuju ke Gua Tempurung.

Muzium Gopeng


Muzium ini mempamerkan kira-kira 300 barang antik yang pernah digunakan oleh generasi tua di pekan Gopeng sejak 150 tahun lalu.
Sesuai dengan statusnya sebagai bekas kawasan perlombongan bijih timah dan getah utama di Lembah Kinta, pengunjung muzium boleh melihat mesin-mesin yang pernah digunakan untuk kerja-kerja memproses bijih timah dan getah zaman dahulu kala.
Turut dipamerkan ialah radio, mesin jahit, basikal, pelbagai jenis mata wang lama, jam tangan dan dinding, alat penimbang, carta aliran sejarah Gopeng dan tokoh-tokoh terkenal yang dilahirkan di pekan itu selama tiga generasi.
- Sumber diperoleh daripada Utusan

Tasik Bandar Baru

Westlake ini terletak di Bandar Baru dan merupakan sebuah kawasan riadah yang terletak di daerah Kampar. Ia mempunyai taman ditepi tasik ini, dan juga bersebelahan dengan Universiti Tunku Abdul Rahman(UNITAR).Tempat ini juga dibina bertujuan untuk kepentingan masyarakat setempat bagi mereka untuk melakukan aktiviti disebelah petang seperti beriadah, bersenam dan melakukan aktiviti-aktiviti lain. Selain itu Pemandangan di tasik ini juga sesuai bagi sesiapa yang suka kan tempat yang tenang dan tiada gangguan dari bunyi bising kenderaan. Pemandangan disini agak menarik dengan kelihatan bukit bukau yang kehijauan selain itu air tasik yang tenang dapat menenangkan lagi fikiran. Pengunjung juga boleh menggunakan kenderaan sendiri umtuk ke tempat ini.

My Gopeng Resort


Resort ini sesuai bagi mereka yang menggemari aktiviti fizikal mahupun mereka yang ingin berehat, dan lari dari kesibukan kota. Pengunjung pasti menyukai keindahan alam semulajadi di sini, selain pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.
Terdapat pelbagai kemudahan disediakan seperti kolam renang mini, lokasi perkemahan, unggun api dan juga kafeteria untuk pengunjung. Mereka yang gemar aktiviti fizikal di sini boleh mencuba permainan seperti flying fox, trek ke dalam hutan, jelajah malam hari dan banyak lagi. Terdapat juga aktiviti kayak serta aktiviti ke Gua Tempurung. Kegiatan terkenal di sini ialah menyusuri Sungai Kampar (white wafter rafting). Berkunjunglah ke resort ini untuk mencuba pelbagai aktiviti menarik yang disediakan!

Alamat Resort:My Gopeng Resort
UGM 4/1, Kg. Geruntom,
31600, Ipoh, Perak, Malaysia.
Atau Pejabat (Perak):21B Jalan Ali Pitchay
30250, Ipoh, Perak, Malaysia
Telefon:605 – 242 3777 dan Faks: 605 – 241 5679.
Email:mygopengresort@yahoo.com



Air Terjun Batu Berangkai

Air Terjun Batu Berangkai merupakan salah satu destinasi pelancongan Malaysia yang paling indah. Letaknya lebih kurang 2.5 km dari bandar Kampar. Dari jalan sebelah tepi Masjid Al Nur Kampar, anda akan melalui sekim Perumahan Taman Ros dan menikmati suasana perkampungan Melayu tradisional dan perkampungan Orang Asli sebelum sampai ke destinasi ini. Pengunjung dapat menghayati keindahan alam semulajadi disamping bermandi-manda, berkelah dan berkhemah sekeluarga di situ. Waktu senja adalah masa yang cantik sekali semasa sang suria mengundur diri. Bagi pengunjung yang "adventure", anda boleh mendaki Gunung Relau dari Air Terjun ini melalui trek tanah yang bersih. Anda akan sampai ke kemuncaknya setinggi 4075 kaki disamping menikmati keindahan flora dan fauna semulajadi. Perjalanan ini akan mengambil masa 4-5 jam.



Air Terjun Sungai Salu

Air Terjun Sungai Salu terletak di Kuala Dipang. Ianya sesuai untuk aktiviti keluarga kerana air sungainya yang cetek sesuai untuk kanak-kanak. Ianya berada di bawah pengawasan Jabatan Hutan. Antara kemudahan yang disediakan ialah tempat menyalin pakaian, tandas, pondok rehat dan gerai makan. Jarak untuk sampai ke Air Terjun Sungai Salu dari jalan utama Kampar – Ipoh ialah 4 km. Pengunjung boleh menaiki bas Sahom, kereta dan motor untuk pergi ke sana.



Muzium Lombong Bijih Timah Kinta

Terletak di Bandar Baru Kampar.Bersebelahan dengan Petronas.



Air Terjun Sri Kampar

Air Terjun Sri Kampar terletak di Kampar. Ianya sesuai untuk aktiviti lasak seperti ‘jungle tracking’ dan perkhemahan. Ini kerana untuk sampai ke sana pengunjung mesti berjalan kaki merentasi denai lebih kurang 50m daripada Taman Kampar Jaya. Ianya mempunyai kawasan lapang sesuai untuk mendirikan khemah.


MAKAM DIRAJA KESULTANAN MELAYU PERAK DI KAMPAR

                                                                       (gambar koleksi)

Kota Baru, Perak Darul Ridzuan
Daerah Kampar

BENDAHARA RAJA ALANG ISKANDAR
Almarhum Raja Alang Iskandar adalah putera Raja Kecil Tengah Ahmad Ibni Almarhum Sultan Abdul Malik Mansur Shah. Waktu kekanda Baginda Raja Ngah Jaafar diangkat menjadi Sultan Ja'afar Muazzam Shah (1857 - 1865) yang makamnya di Pulau Juar, Kampung Gajah, Raja Alang Iskandar telah dilantik menjadi Bendahara Perak. Baginda bersemayam di Kuala Keboi, Kampar dan tidak berapa lama kemudian Baginda mangkat di Kuala Teja, Kota Baru, Gopeng. Baginda dilantik menjadi Bendahara Perak oleh Sultan Abdullah Muhammad Shah I, Sultan Perak ke-22 yang berkerajaan di Durian Sebatang, Teluk Intan. Bila Almarhum Raja Alang Iskandar mangkat, tempat baginda digantikan oleh Raja Ismail Bin Saiyed Syeikh Al-Khairat, Raja Siak. Baginda Raja Alang Iskandar bergelar "Almarhum Teja".

Mengikut sejarah Ibu Almarhum Raja Alang Iskandar bernama Raja Che'Busu telah berkahwin dengan Raja Kechil Tengku Ahmad yang kemudiannya menjadi Sultan Muda Ahmad. Almarhum Teja Raja Alang Iskandar berkahwin dengan Che' Kenuda dan mendapat seorang putera, Sultan Idris Murshidul-'adzam Shah, Sultan Perak ke -28.

Dimasa Almarhum menjadi Bendahara di Kuala Teja, Baginda mengutip hasil dan khazanah serta cukai di atas segala barang-barang yang masuk dan keluar di Kuala Sungai Kinta. Kutipan itu dilakukan setahun sekali, iaitu kutipan keluarga yang dinamakan "BENAN KELUAR". Baginda menghantar seorang suruhannya dari keturunan Orang Kelar yang berasal dari Lambor bernama Alang Laut Bin Tok Monen atau Tok Nara, pergi ke kampung - kampung mengutip cukai 50 sen sekeluarga dengan membawa "BAUR" iaitu Keris Kuasa Raja. Lanjutan daripada itu Alang Laut digelar Panglima Teja iaitu Orang Besar Enam Belas dan penolongnya Tok Muda Lahab (Tok Rusa).

Makam Almarhum Teja terletak di Kuala Teja, Mukim Gopeng dan Teja kira-kira 3km ke selatan Pekan Kecil Kota Baru.




                                                      Makam Al-Marhum Teja  (gambar koleksi)


Makam Diraja, Raja Bendahara Alang Iskandar(di sebelah atas).Makam di sebelah bawah saya tidak pasti siapa.

Al-Marhum Teja sempat memegang jawatan Raja Bendahara.Dua langkah sahaja sebelum dapat menjadi Sultan ketika itu tetapi ditakdirkan baginda mangkat awal.

Baginda adalah ayahanda kepada Sultan Idris Murshidul 'adzam Shah(1887-1916) iaitu Sultan Perak ke-28.



Berdekatan kawasan ini juga terdapat kawasan Makam Tengku Syed Jaafar dan kaum keluarganya.Beliau pernah memegang jawatan Seri Maharaja Diraja, sebuah jawatan menteri turun-temurun yang menjaga hal-ehwal agama.Dikatakan beliau berasal daripada keturunan Syed Hussein Al-Faradz yang pernah menjadi guru agama kepada Sultan Perak yg pertama, Sultan Mudzafar Shah(1528-1549)
Kawasan makam Tengku Syed Jaafar dan kaum keluarga
(Carian imej Google)


[sumber: wikipedia, portal rasmi mdkampar, temuramah dan perbincangan]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan